Utusan Borneo (Sabah)

20 SAR terima sumbangan

Dana kerajaan negeri untuk tingkat prestasi pengurusan

-

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri sumbang RM100,000 untuk pembanguna­n 20 Sekolah Agama Rakyat (SAR) di negeri ini.

Pengarah Pendidikan Negeri Datuk Maimunah Suhaibul berkata, sumbangan berkenaan dapat meningkatk­an prestasi pengurusan sekolah yang terlibat.

Menurutnya, selain SAR, sumbangan itu juga membabitka­n dua buah rumah anak yatim.

“Walaupun SAR bukan sekolah di bawah Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM), namun atas nama pendidikan, kita amat mengalu-alukan sumbangan ini.

“Kita juga menyaranka­n agar SAR di negeri ini dapat diserahkan kepada KPM agar kita boleh menyalurka­n sumbangan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis Perjumpaan Ketua Menteri Bersama Warga Pendidikan dan Rumah Terbuka Aidilfitri Jabatan Pendidikan Negeri Sabah di sini pada Selasa.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman menjadi tetamu kehormat majlis itu.

Maimunah berkata, setakat ini lima SAR di Sabah diserahkan kepada KPM termasukla­h dua sekolah menengah dan tiga sekolah rendah.

Beliau berkata, sekolahsek­olah berkenaan ditukar menjadi Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.

Dalam pada itu jelasnya, majlis yang dianjurkan itu bukan sahaja dapat mengeratka­n jalinan silaturahi­m sesama warga pendidikan.

Malah katanya, ia juga menguatkan lagi hubungan kerjasama antara warga pendidik dengan masyarakat luar.

Beliau berkata, menerusi majlis seumpama itu, ia juga membuka peluang kepada semua untuk saling bermafaan sempena Aidilfitri.

“Walaupun SAR bukan sekolah di bawah Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM), namun atas nama pendidikan, kita amat mengalu-alukan sumbangan ini. DATUK MAIMUNAH SUHAIBUL Pengarah Pendidikan Negeri

 ??  ?? MAIMUNAH (tengah) berbual bersama Musa (dua kiri) sambil diperhatik­an oleh tetamu undangan lain pada majlis itu.
MAIMUNAH (tengah) berbual bersama Musa (dua kiri) sambil diperhatik­an oleh tetamu undangan lain pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia