Utusan Borneo (Sabah)

Batal lesen jika gagal beri sebab kukuh

- -Oleh SURAIDAH ROSLAN

KOTA KINABALU: Pemandu pelancong yang terlibat dalam perhimpuna­n( demonstras­i) pada Ahad mungkin berdepan pembatalan lesen sekiranya gagal memberi alasan yang kukuh tentang penglibata­n mereka dalam demonstras­i berkenaan.

Pengarah Pejabat Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan (Motac) Sabah Ag Ahmad Zaki Abu Bakar (gambar) berkata pemandu pelancong yang terlibat perlu tampil memberi kenyataan secara individu dalam tempoh seminggu ini (sehingga 25 Julai).

Jika didapati mereka bersalah kerana terlibat dalam insiden yang mencemarka­n imej industri pelanconga­n Sabah, lesen mereka akan dibatalkan untuk selamanya.

“Kami (Motac) perlukan kenyataan daripada mereka yang terlibat dalam perhimpuna­n itu. Mereka yang terlibat perlu berikan sebab kenapa lesen mereka tidak perlu dibatalkan.

“Mereka perlu berikan sebab kenapa mereka melanggar etika yang ditetapkan dan kenapa mereka melanggar undang-undang yang termaktub dalam Akta Pelanconga­n (AP) 1992,” katanya pada sidang media berkaitan penglibata­n pemandu pelancong dalam perhimpuna­n di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu pada Ahad.

Seandainya mereka nafikan penglibata­n mereka dalam perhimpuna­n berkenaan, Motac mempunyai hak untuk membatalka­n lesen mereka dan mereka (pemandu pelancong) juga mempunyai hak untuk merayu.

Mengenai punca perhimpuna­n itu, Ahmad Zaki berkata hasil siasatan mendapati insiden itu berlaku disebabkan ketamakan pihak terlibat iaitu pemandu pelancong berbahasa Cina untuk mendapatka­n komisen.

Berdasarka­n aduan diterima sebelum ini, ada antara pemandu pelancong terpaksa bersaing dengan ketua kumpulan untuk memperoleh komisen jika membawa pelancong membeli-belah di kedai-kedai tertentu.

“Dalam mesyuarat pada Isnin, Presiden Persatuan Pemandu Pelancong (STGA) Grace Leong sendiri mengakui kumpulanny­a (pemandu pelancong berbahasa Cina) menerima komisen jika membawa pelancong membeli-belah di kedai tertentu.

“Tindakan menerima komisen ini secara jelas bertentang­an dengan AP 1992. Jika disabit kesalahan, pemandu pelancong boleh dikenakan denda RM1,000 di bawah AP 1992 bagi kesalahan pertama.

“Jika ia dilakukan kali kedua, mereka yang terlibat akan dihadapkan ke mahkamah dan berdepan hukuman penjara dua tahun atau denda RM500, atau pembatalan lesen,” jelasnya.

Ahmad Zaki berkata berdasarka­n siasatan, pemandu pelancong boleh memperoleh sehingga RM10,000 sebulan hanya melalui komisen membawa pelancong membelibel­ah sahaja. Situasi itu berlaku dalam kalangan pemandu pelancong berbahasa Cina yang terlibat dengan aktiviti membeli-belah.

Tindakan itu menyalahi undangunda­ng kerana hanya syarikat pelanconga­n sahaja dibenarkan menerima komisen bukannya pemandu pelancong.

Oleh itu, beliau menyaranka­n pemandu pelancong hentikan segera tindakan menerima komisen sebelum lesen mereka dibatalkan.

Katanya Motac akan mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pemandu pelancong yang didapati masih menerima komisen dengan membawa pelancong membeli-belah di kedai tertentu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia