Utusan Borneo (Sabah)

Rakyat Sabah diketepika­n dalam barisan kepimpinan PH

-

KOTA KINABALU: Ketiadaan rakyat Sabah dalam barisan tertinggi Pakatan Harapan (PH) menunjukka­n bahawa gabungan parti pembangkan­g tidak peduli dengan hak Sabah sama sekali, kata Naib Presiden Parti Demokratik Liberal (LDP) Datuk Chin Shu Ying.

“PH mendakwa bahawa mereka menghargai rakan pembangkan­g mereka di Malaysia Timur, namun tidak seorang wakil dari Sabah disenaraik­an dalam barisan kepimpinan pakatan berkenaan.

“Hanya terdapat seorang wakil Malaysia Timur di antara 12 jawatan penting,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Chin berkata ketiadaan rakyat Sabah dalam pimpinan tertinggi PH menunjukka­n sama ada parti komponen tidak peduli dengan hak Sabah, atau mereka tidak percaya kepada kemampuan pemimpin PH di negeri ini.

“Ini membuktika­n bahawa jaminan oleh parti komponen PH, termasuk Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), bahawa mereka tidak pernah mengabaika­n hak Sabah hanyalah slogan politik.

“Pada saat-saat penting, hak-hak Sabah dan pemimpin Sabah adalah perkara terakhir dalam fikiran mereka.

“Bolehkah pemimpin DAP, termasuk Jimmy Wong, Stephen Wong dan Chan Foong Hin menjelaska­n mengapa tidak ada seorang pun rakyat Sabah dalam barisan tertinggi PH? Adakah mereka bersetuju dengan barisan kepimpinan yang ada? Adakah mereka memperjuan­gkan ketiadaan wakil Sabah dalam senarai itu?” katanya.

 ??  ?? DATUK CHIN SHU YING
DATUK CHIN SHU YING

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia