Utusan Borneo (Sabah)

Alih corak penyelidik­an IPT

Untuk manfaat komuniti selaras PPPM 2015-2025

- Oleh ALFRED PETRUS

KOTA KINABALU: Corak penyelidik­an institut pengajian tinggi (IPT) perlu beralih kepada penyelidik­an yang memberi manfaat kepada komuniti.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Dr Mary Yap Kain Ching berkata aktiviti penyelidik­an adalah teras inovasi bagi IPT dan memberi kesan positif kepada masyarakat.

“Ia selaras dengan Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) di bawah Ekosistem Inovasi yang menyatakan corak penyelidik­an perlu beralih kepada penyelidik­an yang boleh memberi manfaat terus kepada komuniti.

“Ini kerana, senario pendidikan tinggi dunia telah berkembang dengan pesat dan menyebabka­n pembentuka­n corak baharu dalam pengajian dunia.

“Ia bermakna aktiviti penyelidik anakan memastikan institusi pendidikan terus relevan dan menjadi barisan hadapan dalam penciptaan idea serta pengetahua­n baharu sejajar dengan perubahan masa yang pantas dalam semua era,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Persidanga­n Kebangsaan Teknologi Berasaskan Kayu, Kejurutera­an dan Inovasi 2017 (NCWEI’17) di sini pada Selasa.

Teks ucapan beliau disampaika­n oleh Pengarah Kanan (Akademik) Jabatan Pendidikan Politeknik (JPP) Azizi Lin.

Mary berkata faktor-faktor penting perlu diambil kira dalam corak penyelidik­an masa kini.

“Sebagai contoh, penyelidik­an yang dilakukan haruslah mempunyai kesan yang tinggi serta boleh menyelesai­kan isu-isu semasa masyarakat.

“Ini disebabkan aktiviti penyelidik­an memainkan peranan dalam mentransfo­rmasi dan meningkatk­an taraf pengajian tinggi di mata masyarakat,” jelasnya.

Katanya seperti negara lain, kerajaan turut berusaha untuk menjadikan negara yang didorong oleh inovasi.

“Kami telah berusaha keras untuk cuba membina sistem inovasi kebangsaan yang kuat melalui asas hubungan rapat antara sektor penyelidik­an dan industri,” katanya.

Turut hadir, Pengarah Politeknik Kota Kinabalu Zainab Othman.

“Aktiviti penyelidik­an adalah teras inovasi bagi IPT dan memberi kesan positif kepada masyarakat. DATUK DR MARY YAP KAIN CHING Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi

 ??  ?? ZAINAB (kiri) menyampaik­an cendera kenangan kepada Azizi (dua kiri).
ZAINAB (kiri) menyampaik­an cendera kenangan kepada Azizi (dua kiri).
 ??  ?? AZIZI (kanan) menyempurn­akan gimik perasmian NCWEI’17 sambil diperhatik­an oleh Zainab (kiri).
AZIZI (kanan) menyempurn­akan gimik perasmian NCWEI’17 sambil diperhatik­an oleh Zainab (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia