Utusan Borneo (Sabah)

Polis berhasil banteras 99 peratus kegiatan judi di P.Pinang

-

GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang berhasil membantera­s 99 peratus kegiatan judi tanpa lesen di negeri ini menerusi pelbagai operasi yang dijalankan sejak awal tahun ini.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Chuah Ghee Lye berkata sejak Mac lalu dua operasi khas dilaksanak­an bagi membantera­s perjudian dalam talian serta mesin judi dan hasilnya sebanyak 215 serbuan berjaya dilakukan.

Beliau berkata dalam tempoh Januari hingga hari ini, pihaknya menahan 268 penjaga (pusat judi), 384 pemain serta merampas 448 simulator, mesin slot (633), komputer (119), tablet (19) dan empat telefon bimbit dipercayai digunakan untuk tujuan perjudian.

“Polis juga mengesan taktik baharu kegiatan judi iaitu dengan menggunaka­n tablet dan beroperasi di tempattemp­at terpencil seperti di pinggir hutan bagi mengelak dikesan pihak berkuasa,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Pemantauan Aktiviti Perjudian bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pengusaha pusat hiburan keluarga (PHK).

Katanya, serbuan terhadap premis yang menjalanka­n kegiatan judi tanpa lesen bertambah rancak selepas mendapat arahan daripada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mahu judi di Pulau Pinang dihapuskan.

Chuah berkata walaupun setakat ini beliau berpuas hati dengan pencapaian pihaknya memerangi kegiatan tidak bermoral itu, polis akan terus menggandak­an usaha dan operasi bagi memastikan judi tanpa lesen dihapuskan sepenuhnya.

Dalam pada itu, Chuah berkata hasil mesyuarat pihaknya dengan PBT dan PHK hari ini, polis dan PBT bersetuju untuk bersama-sama memperheba­t operasi dan melakukan serbuan mengejut ke premis-premis hiburan bagi memastikan setiap peraturan lesen dipatuhi.

“Tiada kompromi kepada PHK yang menjalanka­n kegiatan judi tanpa lesen, walaupun ada sebuah mesin judi dalam premis mereka, kita akan syor kepada PBT untuk tarik balik lesen operasi mereka,” katanya.

Beliau berkata setakat ini, sebanyak 62 surat cadangan dikeluarka­n kepada PBT untuk membatalka­n lesen PHK yang melanggar peraturan dan menjalanka­n aktiviti judi.

Katanya tindakan memotong bekalan elektrik ke atas premis yang melakukan kegiatan judi juga akan dilakukan jika mereka masih enggan mematuhi arahan PBT.

Sementara di Ipoh, polis menahan 30 orang dan merampas 115 mesin simulator bernilai RM200,000 dalam operasi ‘Op Dadu Mesin Perjudian’ di Persiaran Komersil Waterfront, Lintang, dekat Sungai Siput, kira-kira 40km, dari sini, malam Isnin.

Pegawai Turus Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak, DSP V. Annadurai berkata dalam serbuan yang dilakukan pegawai dan anggota D7 itu, kesemua yang ditahan berumur lingkungan 20 hingga 60 tahun.

Beliau berkata daripada jumlah yang ditahan, 11 merupakan penjaga premis iaitu lapan lelaki dan tiga wanita manakala 19 adalah pelanggan lelaki.

“Dalam serbuan pukul 7 malam itu, kita turut merampas sebuah televisyen, satu modem kamera litar tertutup (CCTV) dan 25 cip tambah nilai, tujuh telefon bimbit dan wang tunai sebanyak RM14, 670,” katanya ketika dihubungi di sini pada Selasa.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 4 B( a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang memperuntu­kkan hukuman denda maksimum RM100,000 bagi setiap mesin yang dirampas dan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun, jika sabit kesalahan.Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia