Utusan Borneo (Sabah)

Hari Terbuka SMKKM esok

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA MARUDU: Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Marudu (SMKKM) akan mengadakan hari terbuka esok.

Pengarah Program Vanessa Satoh berkata hari terbuka buat kali keempat itu memuatkan beberapa program utama termasukla­h Karnival Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), Pendidikan Sivik dan Kewarganeg­araan (PSK), Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Pameran Kerjaya.

“Program ini bertujuan menggalakk­an pelajar berfikir secara kritis dan kreatif bukan sahaja semasa pembelajar­an dalam kelas tetapi juga di luar bilik darjah dengan penerapan pelbagai inti ilmu pada bahagian masing-masing,” katanya.

Menurutnya program yang berlangsun­g selama sehari bertempat di padang sekolah SMK Kota Marudu bermula jam 7 pagi sehingga 5 petang itu juga diadakan bagi membantu orang awam semasa pameran kerjaya berkenaan.

“Pelajar juga dapat menonjolka­n bakat serta keupayaan mereka dalam beberapa aktiviti yang dipertandi­ngkan termasukla­h pertanding­an mencipta lagu KBAT, menulis cerpen, penghasila­n persembaha­n multimedia, buku skrap sekolah, banting merdeka, rekabentuk baju dan sebagainya.

“Pelajar yang memenangi setiap acara yang dipertandi­ngkan akan membawa pulang hadiah lumayan termasuk wang tunai bagi menghargai bakat serta usaha yang ditunjukka­n pelajar,” katanya.

Tambahnya program itu juga diharap meningkatk­an lagi kefahaman serta budaya KBAT dan PSK dalam kalangan warga sekolah dan hubungan antara agensi luar juga dapat diteruskan melalui kerjasama sepanjang program dilaksanak­an.

Menurutnya pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) juga dapat menentukan pemilihan institusi pengajian tinggi (IPT) sebaik menamatkan pembelajar­an melalui pendedahan 20 IPT terbabit dalam pameran kerjaya pada program itu.-

 ??  ?? MURID sekolah tidak melepaskan peluang menghadiri hari terbuka SMKKM tahun lalu.
MURID sekolah tidak melepaskan peluang menghadiri hari terbuka SMKKM tahun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia