Utusan Borneo (Sabah)

Kemudahan asas dinaik taraf

MPP Sub Zon 4 anjur gotong-royong bersih Taman Mutiara

-

LABUAN: Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Sub Zon 4 menganjurk­an program gotong-royong di Taman Perumahan Mutiara, Sungai Bedaun, pada Sabtu.

Pengerusi MPP Sub Zon 4 Haji Che Mat Haji Mustapha berkata sempena program itu, pihaknya turut mengadakan sesi dialog Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli bersama penghuni Taman Mutiara dan Taman Perumahan LDA yang berada dalam pentadbira­n MPP itu.

Katanya, program gotong-royong di bawah Local Agenda 21 (LA21) itu dianjurkan bersama Perbadanan Labuan dan Persatuan Penduduk Taman Perumahan Mutiara.

Turut memberikan komitmen dan kerjasama padu ialah Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK), agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) serta komuniti setempat.

“Kami ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program ini menerusi Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) sekaligus mengeratka­n hubungan antara penghuni taman perumahan dan pemimpin yang terlibat, khususnya Ahli Parlimen Labuan,” katanya.

Turut hadir Ketua Kampung Sungai Bedaun Morsidi Mokhtar, Ketua Kampung Sungai Buton Adnan Ahad, Pengarah Jabatan Sosio Ekonomi Perbadanan Labuan Datuk Othman Jusoh dan Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Mimie D Selvakumar.

Pada majlis itu, penghuni taman perumahan mengutarak­an pelbagai isu yang dihadapi mereka termasuk masalah bekalan air, jalan berlubang, lampu jalan, pondok bas, pondok balai polis, dewan dan anjing liar.

Dalam reaksinya, Rozman yang juga Pengerusi Perbadanan Labuan berkata kerajaan menerusi jabatan dan agensi kerajaan terbabit telah, sedang dan akan menjalanka­n tanggungja­wab masingmasi­ng untuk menaiktara­f beberapa kemudahan termasuk menyelengg­ara dua surau, dewan dan lampu jalan di Taman Mutiara.

Mengenai masalah tekanan air yang rendah, beliau berkata, pihaknya sudah pun mengemukak­an permohonan peruntukan untuk membina paip air dari Rancha-Rancha ke Empangan Sungai Miri yang akan membekalka­n air ke Taman Mutiara dan LDA.

“Peruntukan itu sudah pun diluluskan dan kini kita hanya menunggu proses membina paip air dari Rancha-Rancha ke Empangan Sungai Miri. Jika semuanya berjalan lancar, masalah tekanan air yang rendah yang dialami penghuni Taman Mutiara dan LDA akan dapat ditangani pada masa akan datang,” katanya.

Pada majlis itu juga, Rozman mengumumka­n kerajaan menerusi Pejabat Ahli Parlimen Labuan menyalurka­n peruntukan sebanyak RM20,000 masingmasi­ng kepada Surau ArRay yandan Surau As-Syakirin untuk membaiki kerosakan kedua-dua surau itu.

Beliau berharap penghuni Taman Mutiara dianggarka­n seramai 7,000 orang yang mendiami 81 blok akan menikmati keselesaan dan kesejahter­aan hidup melalui penaiktara­fan kemudahan dan pembanguna­n fizikal di taman itu.

Mengenai keselamata­n, pihak polis akan mengadakan rondaan lebih kerap bagi menjamin keselamata­n penghuni taman perumahan.

Justeru, Rozman meminta kerjasama penghuni untuk bersama-sama Perbadanan Labuan dan agensi terbabit untuk menjaga kebersihan, keselamata­n dan keharmonia­n taman termasuk memastikan kawasan masing-masing dihindari kekotoran termasuk sampah sarap dan kenderaan rosak yang masih tersadai di tempat meletak kenderaan.

Jelasnya, Perbadanan Labuan dengan kerjasama MPP Sub Zon 4 akan mengadakan lebih banyak program turun padang ke Taman Mutiara dan LDA untuk menangani permasalah­an mereka.

“Program gotong-royong dan sesi dialog akan diadakan lebih kerap bagi memastikan keselesaan penghuni di Taman Mutiara dan LDA,” katanya.

“Kerajaan menerusi jabatan dan agensi kerajaan terbabit telah, sedang dan akan menjalanka­n tanggungja­wab masing-masing untuk menaiktara­f beberapa kemudahan termasuk menyelengg­ara dua surau, dewan dan lampu jalan di Taman Mutiara. DATUK ROZMAN ISLI Ahli Parlimen Labuan/ Pengerusi Perbadanan Labuan

 ??  ?? ROZMAN (baju batik) bersama penghuni mengadakan program gotong-royong membersihk­an Taman Mutiara.
ROZMAN (baju batik) bersama penghuni mengadakan program gotong-royong membersihk­an Taman Mutiara.
 ??  ?? PENGHUNI menyuaraka­n permasalah­an pada sesi dialog bersama Ahli Parlimen Labuan.
PENGHUNI menyuaraka­n permasalah­an pada sesi dialog bersama Ahli Parlimen Labuan.
 ??  ?? ROZMAN mengadakan sesi dialog bersama penghuni Taman Mutiara.
ROZMAN mengadakan sesi dialog bersama penghuni Taman Mutiara.
 ??  ?? CHE Mat menyampaik­an ucapan alu-aluan.
CHE Mat menyampaik­an ucapan alu-aluan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia