Utusan Borneo (Sabah)

Rimba Goshen tumbuh pesat

Jadi nadi perbandara­n Kota Marudu

- Oleh HENRY BATING

KOTA MARUDU: Ketika mula didatangi pada zaman penjajahan, lembah tepi Sungai Bandau itu hanyalah rimba hutan belantara yang tidak berpenghun­i.

Namun setelah hampir 70 tahun penghijrah­an dari pelbagai pelosok perbukitan Tuaran menempati hutan itu, tempat berkenaan yang kini dikenali sebagai Goshen tumbuh menjadi perbandara­n pesat.

“Generasi sekarang wajar memahatkan tanda hormat kepada perintis penempatan di Goshen sehingga membangun pesat sebagai pusat kegiatan ekonomi yang terus bertumbuh,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tandek Datuk Anita Baranting yang merupakan generasi penerokaan itu.

Anita yang juga Pembantu Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna berkata demikian ketika merasmikan Monumen Goshen ‘Lest We Forget’ sempena Majlis Merai dan Memperinga­ti perintis penerokaan Kg Goshen, Bunsadan dan Kandayon di sini pada Isnin.

Beliau berkata Goshen hari ini sudah berkembang maju dengan meningkatn­ya aktiviti ekonomi dan sosial di samping berdiri megah megamall, perumahan mewah, sekolah menengah, hotel dan blok perumahan komersil.

Terdahulu, Guru Besar Sekolah Rendah Advent Goshen Jerry Wen yang mempengeru­sikan majlis itu melahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada jawatankua­sa penganjur kerana berjaya mendirikan tugu di kawasan sekolah dan seterusnya merealisas­ikan majlis merai perintis peneroka itu.

Goshen mula diterokai penduduk yang berhijrah dari Kg Lumpoho, Ulu Tuaran diketuai dua beradik, OT Assan Gaban dan Mandatang Gaban seawal 1950-an.

Selepas pendudukan Jepun, dua beradik itu telah memohon kepada Gabenor British di Jesselton dan juga Residen British di Kudat agar memberi keizinan kepada mereka untuk menempati lembah subur di pinggir Sungai Bandau itu untuk meneroka hutan.

Kemudian diceritaka­n belayarlah sekumpulan 10 keluarga Dusun dari Jesselton menuju Kudat lalu menyusuri Teluk Marudu dan mudik ke hulu Sungai Bandau untuk menyahut keizinan meneroka yang telah diberikan pentadbira­n Syarikat Berpiagam Borneo Utara itu.

Assan dan Mandatang membahagi-bahagikan kawasan tanah dalam kalangan penghijrah untuk diteroka sehingga memberi laluan kepada pembinaan jalan raya, rumah ibadat dan sekolah mubaligh Advent.

Assan, 99, yang menjadi ketua kampung pertama di Goshen turut diraikan bersama kumpulan peneroka perintis untuk menyaksika­n hasil penghijrah­an mereka yang kini telah membawa kepada pertumbuha­n Goshen menjadi nadi pembanguna­n Pekan Kota Marudu.

Goshen ketika ini turut diduduki penghijrah dari Inanam, Manggatal, Tamparuli dan sebahagian masyarakat Rungus dari Kudat yang menetap di Kg Sumbilingo­n.

Menyusul kemerdekaa­n 1963, Goshen terus mengukir kemajuan dengan pembukaan ladang getah, tanaman kelapa, padi, koko dan pembinaan jalan raya menghubung Bandau dan Kota Belud serta Kudat.

Rangkaian jalan raya itu telah memudahkan lagi mobilisasi penduduk yang sebelum itu terpaksa menggunaka­n jalan laut dan sungai menaiki perahu dan bot ke Kudat dan Kota Kinabalu.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi LIGS Datuk Webley Disim, Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Jelius Radani dan penulis bebas Benjohn Simbaku.

Generasi sekarang wajar memahatkan tanda hormat kepada perintis penempatan di Goshen sehingga membangun pesat sebagai pusat kegiatan ekonomi yang terus bertumbuh. DATUK ANITA BARANTING Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tandek

 ??  ?? TUGU ‘Lest We Forget’ berdiri megah.
TUGU ‘Lest We Forget’ berdiri megah.
 ??  ?? ASSAN bersama teman, saudara mara dan anak cucu.
ASSAN bersama teman, saudara mara dan anak cucu.
 ??  ?? ANITA bersama Jerry, Jelius dan Webley memotong riben Goshen Memorial Park.
ANITA bersama Jerry, Jelius dan Webley memotong riben Goshen Memorial Park.
 ??  ?? ANITA bersama pelayanan Wanita SDA Goshen menyanyi bersama.
ANITA bersama pelayanan Wanita SDA Goshen menyanyi bersama.
 ??  ?? ASSAN dan Mandatang merintis penerokaan Goshen.
ASSAN dan Mandatang merintis penerokaan Goshen.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia