Utusan Borneo (Sabah)

Adun Paginatan sumbang RM10, 000 kepada Komuniti SIB Napong 2

- Oleh JAINUDIN NASIR

RANAU: Komuniti Kristian Sidang Injil Borneo (SIB) Napong 2 di sini mendapat dana berjumlah RM10,000 untuk membiayai kos penyiapan gereja mereka yang baharu.

Peruntukan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri Paginatan Datuk Siringan Gubat itu disampaika­n Pegawai Pembanguna­n Masyarakat (PPM) Paginatan Georgina George kepada Pastor Sidang Napong 2 Juanis Batinggo.

Majlis penyerahan diadakan di Gereja SIB lama Kg Napong 2 pada Isnin yang turut dihadiri Ketua Kawasan SIB Perancanga­n Penatua James George dan Ketua Kawasan SIB Kota Kinabalu Penatua Sualim Gopog.

Bangunan gereja berukurun 30x50 kaki itu mula dibina pada tahun 2012 menggunaka­n dana hasil sumbangan individu dermawan, badan keagamaan seperti Gereja SIB Bongkud, badan bukan kerajaan (NGO) serta menerusi Nizbah Doa Perancanga­n.

Juanis dalam ucapannya berterima kasih kepada Siringan di atas sumbangan itu yang dianggapny­a bakal memberi sinar harapan kepada mereka untuk memiliki gereja yang baharu. Menurut beliau bangunan yang kini 60 peratus siap itu bakal memberi keselesaan ruang ibadat kepada hampir 100 jemaah SIB Napong 2 seterusnya membolehka­n gereja lama dimanfaatk­an sebagai pejabat pentadbira­n atau kelas minggu.

“Selaku pemimpin umat Kristian SIB Kg Napong 2, saya mengambil kesempatan untuk merakamkan terima kasih khusus kepada masyarakat Islam di kampung ini yang turut tampil menyumbang tenaga bergotong-royong membina gereja kami,” katanya.

Sementara itu, Georgina dalam ucapan ringkasnya berharap bantuan itu dapat membantu menyiapkan pembinaan gereja baharu yang menjadi impian mereka selama ini selepas terbengkal­ai hampir tujuh tahun.

“Kerajaan di bawah Barisan Nasional (BN) sememangny­a tidak pernah mengabaika­n keperluan pihak gereja sebaliknya sentiasa menghulur pelbagai bentuk bantuan kepada gereja,” katanya.

Namun jelasnya, agihan peruntukan atau bantuan diberikan secara berperingk­at.

 ??  ?? GEORGINA (bediri, tengah) merakam gambar kenangan selepas lawatan kerja dan penyampaia­n sumbangan.
GEORGINA (bediri, tengah) merakam gambar kenangan selepas lawatan kerja dan penyampaia­n sumbangan.
 ??  ?? GEORGINA (tengah) ketika menyampaik­an sumbangan kepada Juanis diperhatik­an James, Sualim dan yang lain.
GEORGINA (tengah) ketika menyampaik­an sumbangan kepada Juanis diperhatik­an James, Sualim dan yang lain.
 ??  ?? GEORGINA (ketiga kanan ) dibawa meninjau bangunan baharu Gereja SIB Napong yang terhenti pembinaann­ya disebabkan masalah kewangan.
GEORGINA (ketiga kanan ) dibawa meninjau bangunan baharu Gereja SIB Napong yang terhenti pembinaann­ya disebabkan masalah kewangan.
 ??  ?? GEORGINA berucap di majlis itu.
GEORGINA berucap di majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia