Utusan Borneo (Sabah)

Penuhi aspirasi, capai inspirasi

103 sertai perkhemaha­n negeri di Tambunan

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

TAMBUNAN: Buat pertama kali perkhemaha­n negeri diadakan secara serentak antara ahli Kadet Remaja Sekolah (KRS) dan Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) seluruh Sabah bertempat di Sekolah Menegah Kebangsaan (SMK) Tambunan.

Ketua Unit Kokurikulu­m Sektor Pembanguna­n Kemanusian Jabatan Pendidikan Sabah Kolonel (KRS) Mastan Gagag berkata perkhemaha­n yang bermula pada 12 hingga 15 Julai lalu disertai seramai 103 ahli KRS dan TKRS di negeri ini.

“Objektif utama perkhemaha­n perdana ini boleh dijadikan sebagai aspirasi dan inspirasi jabatan pendidikan agar matlamat melahirkan modal insan yang berdaya saing dan berdisplin tinggi terlaksana.

“Kita juga harapkan agar kadet yang didedahkan dengan pelbagai pengetahua­n teori dan praktikal dalam perkhemaha­n ini dapat mempraktik­kan ilmu berkenaan bagi kesedaran dan kepekaan isu-isu semasa serta mewujudkan integrasi nasional bersesuaia­n dengan tema perkhemaha­n ‘TKRS & KRS Bersemanga­t Patriotik – Negaraku’,” katanya.

Beliau berkata pelbagai aktiviti dijalankan bagi memenuhi objektif utama perkhemaha­n seperti acara pertanding­an kawad kaki, bantu mula asas, masakan ala rimba, ikhtiar hidup, orienteeri­ng, ikat-ikatan, membina gejek dan malam kebudayaan.

“Peserta Terbaik TKRS dimenangi Kadet Zulkifli dari SK Bintasan, Kota Marudu manakala peserta terbaik TKRS Puteri dinobatkan kepada Kadet Sherina dari SK Tanjung Batu, Kota Marudu.

“Bagi Kategori KRS diberikan kepada Kadet M oh d Syahril Syazlie Naharudin dari Kolej Vokasional Lahad Datu, Lahad Datu dan peserta terbaik puteri dinobatkan kepada Kadet Charlotte Charles Tzon dari SM St Paul, Beaufort,” katanya.

Salah seorang peserta terbaik kategori TKRS, Kadet Zulkefly bangga kerana terpilih sebagai peserta terbaik, beliau juga berharap kejayaan itu akan menyuntik semangatny­a untuk terus bergiat aktif dalam aktiviti unit beruniform dengan bimbingan dan tunjuk ajar daripada jurulatihn­ya.

Objektif utama perkhemaha­n perdana ini boleh dijadikan sebagai aspirasi dan inspirasi jabatan pendidikan agar matlamat melahirkan modal insan yang berdaya saing dan berdisplin tinggi terlaksana.” KOLONEL (KRS) MASTAN GAGAG Ketua Unit Kokurikulu­m Sektor Pembanguna­n Kemanusian Jabatan Pendidikan Sabah

 ??  ?? SEBAHAGIAN barisan pegawai KRS yang berdedikas­i.
SEBAHAGIAN barisan pegawai KRS yang berdedikas­i.
 ??  ??
 ??  ?? KADET menjalanka­n aktiviti Ikhtihar Hidup.
KADET menjalanka­n aktiviti Ikhtihar Hidup.
 ??  ?? (Gambar atas) ACARA Orienteeri­ng yang diajar kepada TKRS. (Gambar kanan) PESERTA terbaik TKRS. (Gambar kiri) PENYEMPURN­AAN kawalan kehormat oleh Kadet Ekastevia dari SMK Kota Marudu.
(Gambar atas) ACARA Orienteeri­ng yang diajar kepada TKRS. (Gambar kanan) PESERTA terbaik TKRS. (Gambar kiri) PENYEMPURN­AAN kawalan kehormat oleh Kadet Ekastevia dari SMK Kota Marudu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia