Utusan Borneo (Sabah)

KGKS serah sumbangan RM2,300

- Oleh SALMAN ABADI

SANDAKAN: Kesatuan Guru-guru Kerajaan Sabah (KGKS) Cawangan S andaka n telah menyerahka­n sumbangan berjumlah RM2,300 kepada waris arwah Pinah Madyusop di kediaman arwah di Lot 44F di Rancangan Sungai Manila, malam Isnin.

Pengerusi KGKS Sandakan Junaidi Iting berkata sumbangan itu melibatkan sejumlah RM300 untuk khairat kematian dan RM2,000 lagi untuk urusan pengkebumi­an.

Allahyarha­mah Pinah, 58, seorang guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Manila (Batu 12) Sandakan merupakan ahli KGKS yang turut mencarum RM23 sebulan dalam skim insuran Etiqa Takaful Berkelompo­k (ETB) yang diuruskan oleh pihak KGKS.

Junaidi berkata dengan caruman itu, waris kepada arwah Pinah akan turut menerima bayaran berjumlah RM30,000 dalam tempoh terdekat.

“Pihak kami akan menguruska­n pembayaran itu (RM30,000) secepat yang mungkin selepas selesai diuruskan semua dokumentas­i berkaitan yang diperlukan,” katanya kepada Utusan Borneo selepas majlis ringkas penyerahan itu.

Rombongan KGKS yang berkunjung ke rumah arwah terdiri daripada Junaidi sendiri selaku pengerusi KGKS Sandakan, Timbalan Pengerusi KGKS Sandakan Haji Tahir Kahar dan Ahli Jawatankua­sa (AJK) Tertinggi KGKS Sandakan Zairudin Ali yang juga Guru Besar SK Labuk Subur Sandakan.

Suami arwah Pinah, Yusuf Haji Jidin, 62, yang menerima sumbangan itu merakamkan penghargaa­n dan terima kasih kepada pihak KGKS Cawangan Sandakan atas keprihatin­an dan komitmen yang tinggi untuk mengurus dan menyerahka­n sumbangan berkenaan.

Zairudin yang juga mantan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) di SK Sungai Manila, Sandakan turut mewakili KGKS Sandakan untuk menghadiri majlis pengkebumi­an arwah Pinah di Tanah Perkuburan Islam Bintang Baru, dekat Pekan Muhibbah di Rancangan Sungai Manila, Sandakan.

Dalam perkembang­an berkaitan, Junaidi menjelaska­n insuran Etiqa dibawa masuk dalam KGKS pada tahun 2000 dan arwah Pinah mula mencarum dalam skim itu sejak tahun 2000.

Katanya, KGKS Cawangan Sandakan yang ditubuhkan di Sandakan sejak awal tahun 1990-an, kini mempunyai keahlian seramai lebih 600 orang dalam kalangan guru yang berkhidmat di Sabah.

Beliau menyeru warga pendidik, khususnya guruguru di sekitar Sandakan, Beluran, Kinabatang­an dan Telupid, agar mendaftar sebagai ahli KGKS Cawangan Sandakan demi faedah dan kepentinga­n kebajikan ahli atau waris.

Dalam pada itu, Pinah yang mengidap sakit buah pinggang dan mendapatka­n rawatan hemodalisi­s tiga kali seminggu sejak hampir empat tahun lalu, menghembus­kan nafas terakhir kira-kira jam 5.30 petang 14 Julai (Jumaat) lalu di Hospital Besar Sungai Buluh Selangor.

Arwah yang bertugas sebagai guru hampir 30 tahun, pernah bertugas di SK Rancangan Lubuh Sandakan, SK St Peter Kudat dan SK Sungai Manila, Sandakan, mempunyai tiga orang anak, dua perempuan dan seorang lelaki berumur antara 22 dan 35 tahun.

Anak sulungnya, Yusnah Yusuf, 35, mewarisi kerjaya arwah ibunya sebagai guru dan kini bertugas di SK Seksyen 7, Kota Damansara Selangor manakala suaminya yang juga berasal dari Sandakan, kini bertugas sebagai anggota polis di Ibu Pejabat Polis (IPD) Sungai Buluh Selangor.

 ??  ?? JUNAIDI (tiga kanan) menyerahka­n sumbangan KGKS Sandakan kepada Yusuf sambil diperhatik­an Tahir (dua kanan) dan Zairudin (tengah) serta Yusnah (dua kiri).
JUNAIDI (tiga kanan) menyerahka­n sumbangan KGKS Sandakan kepada Yusuf sambil diperhatik­an Tahir (dua kanan) dan Zairudin (tengah) serta Yusnah (dua kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia