Utusan Borneo (Sabah)

KKTP anjur majlis Aidilfitri, rai tiga pesara

-

KOTA KINABALU: Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) telah mengadakan Majlis Hari Raya Aidilfitri 2017 dan Jasamu Dikenang di sebuah hotel terkemuka di sini pada Selasa.

Selain menyambut bulan Syawal, majlis itu juga bertujuan meraikan tiga pesara dari KKTP serta jabatan dan agensi di bawahnya.

Mereka ialah bekas Timbalan Setiausaha Tetap KKTP Rayman Loudrize; bekas Pengarah Jabatan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah (Jheans) Datuk Hj Ahmad Shah Mohd Talib; dan bekas Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Penampang Mathew Gumpil. Bagaimanap­un, Mathew tidak dapat hadir atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

Majlis dihadiri oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Hj Hajiji Hj Noor serta dua Pembantu Menteri, Datuk Dr Joachim Gunsalam dan Datuk Mohd Zakaria Hj Edris.

Turut hadir ialah Presiden Majlis Hal Ehwal Anak Negeri Sabah Datuk Mohamad Hj Alamin, Setiausaha Tetap KKTP Datuk Ginun Yangus, Presiden Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah Sabah Datuk Josie Bosi, Pengurus Besar Lembaga Pembanguna­n Perumahan dan Bandar (LPPB) Hjh Rosnani Hj Asmat, Pengarah Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah Hj Mursidi Sapie, dan Ketua Penolong Setiausaha Kanan KKTP Wong Foo Tin.

Di majlis itu, Hajiji telah menyampaik­an cenderamat­a kepada Ahmad Shah dan Rayman. Turut memberi cenderamat­a ialah Rosnani, Pegawai Eksekutif Majkis Daerah Tuaran Sadan Hj Hussain dan Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Kota Belud Hamsad Abdul Wahid yang mewakili semua pihak berkuasa tempatan (PBT).

Selain para pegawai eksekutif dari Majlis-Majlis Daerah, turut hadir ialah Timbalan Presiden Majlis Perbandara­n Sandakan Hj Mohd Hamsan Hj Awang Supain dan Timbalan Presiden Majlis Perbandara­n Tawau Aftar Nurajat.

Majlis telah diserikan dengan persembaha­n tarian oleh kakitangan Majlis Daerah Keningau.

Ahmad Shah memulakan perkhidmat­annya dengan Kerajaan Negeri pada 2 Ogos 1977 dan bersara sebagai Pengarah Jheans pada 17 Mei 2017. Sebelum Jheans, beliau adalah timbalan pengarah Jabatan Perkhidmat­an Awam Negeri (JPAN).

Ia adalah kali kedua Ahmad Shah berkhidmat di bawah KKTP. Sebelum JPAN, beliau adalah timabalan setiausaha tetap KKTP dan sebelum itu setiausaha Dewan Undangan Negeri (DUN) selama 10 tahun.

Rayman memulakan perkhidmat­an dengan kerajaan pada 10 Februari 1983 dan bersara pada 31 Disember 2016 selaku timbalan setiausaha tetap KKTP, satu jawatan yang disandangn­ya selama lapan tahun.

Mathew yang memulakan perkhidmat­an awamnya pada 1 Mac 1983 telah bersara pada 27 Januari 2017 sebagai pegawai eksekutif Majlis Daerah Penampang. Sebelum di Penampang, beliau adalah pegawai eksekutif Majlis Daerah Tambunan.

 ??  ?? HAJIJI (tengah) merakam gambar kenangan dengan pesara dan pengurusan KKTP. Dari kiri: Josie, Mursidi, Ginun, Joachim, Rayman, Hajiji, Ahmad Shah, Zakaria, Mohammad, Wong dan Rosnani.
HAJIJI (tengah) merakam gambar kenangan dengan pesara dan pengurusan KKTP. Dari kiri: Josie, Mursidi, Ginun, Joachim, Rayman, Hajiji, Ahmad Shah, Zakaria, Mohammad, Wong dan Rosnani.
 ??  ?? SADAN (kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Rayman, diperhatik­an oleh (dari kanan) Zakaria, Hajiji dan Joachim.
SADAN (kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Rayman, diperhatik­an oleh (dari kanan) Zakaria, Hajiji dan Joachim.
 ??  ?? AHMAD SHAH (kiri) menerima cenderamat­a daripada Hajiji, diiringi Ginun (kanan).
AHMAD SHAH (kiri) menerima cenderamat­a daripada Hajiji, diiringi Ginun (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia