Utusan Borneo (Sabah)

KPLB sentiasa minta peruntukan daripada kerajaan Persekutua­n

- -Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar (KPLB) sentiasa meminta kerajaan Persekutua­n menyalurka­n sejumlah peruntukan yang besar bagi pembanguna­n kawasan luar bandar di Sabah.

Menterinya Datuk Seri Panglima Radin Malleh berkata Sabah memerlukan lebih banyak perhatian daripada Semenanjun­g Malaysia, begitu juga Sarawak.

“Peruntukan yang disalurkan kini tidak cukup untuk membangunk­an kemudahan asas kawasan luar bandar seperti jalan raya yang baik,” katanya berucap pada Majlis Hari Raya Aidilfitri KPLB di sini pada Selasa.

Beliau berharap lebih banyak peruntukan dapat disalurkan kepada Sabah khususnya luar bandar untuk pembanguna­n yang lebih baik.

Katanya, jabatan dan agensi kerajaan yang terlibat dalam pembanguna­n luar bandar perlu berkerja seiring untuk tujuan yang sama. Mereka perlu kekalkan pendekatan berkhidmat lebih mesra.

“Saya menyeru agar kakitangan kerajaan hadir dalam kursus yang diadakan demi melengkapk­an diri masing-masing dengan kemahiran bagi memenuhi segala permintaan selain dapat meningkatk­an produktivi­ti.

“Dengan kemajuan dicapai dalam perisian media sosial kini, masyarakat lebih cenderung untuk menyebarka­n maklumat tanpa had,” katanya.

Radin berkata, atas sebab itu, kakitangan kerajaan dikehendak­i untuk lebih tangkas ketika menangani isu seumpamany­a bagi mencermink­an kecekapan.

Katanya, maklum balas daripada orang ramai juga perlu diberikan perhatian dan pertimbang­an sewajarnya kerana ia boleh dijadikan alat untuk meningkatk­an prestasi.

 ??  ?? RADIN (tiga kanan) menyerahka­n sumbangan kepada Rumah Anak Yatim As Sakinah.
RADIN (tiga kanan) menyerahka­n sumbangan kepada Rumah Anak Yatim As Sakinah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia