Utusan Borneo (Sabah)

Maybank2u Pay bantu usahawan e-dagang

- Oleh ADRIANA MROON AMBROSE

KUALA LUMPUR: Edagang adalah salah satu sektor yang sedang berkembang pada hari ini.

Malah kebanyakan rakyat Malaysia sudah mula beralih kepada pembelian secara

‘online’ dan kepada PKS, ini adalah peluang keemasan.

Jika dilihat kebanyakan pembeli terutamany­a generasi muda hari ini lebih terdedah kepada pengetahua­n digital. Proses jual beli secara ‘online’ ini bukan sahaja berlaku dalam kalangan individu tetapi juga dalam kalangan pembekal dan peniaga.

Ia seterusnya menggalakk­an pertumbuha­n e-dagang kerana semua pihak dalam rantaian perniagaan sentiasa mencari kaedah jual beli yang lebih mudah dan pantas.

Sehubungan itu, melalui gerbang pembayaran Maybank yang dikenali sebagai Maybank2u Pay, adalah dilihat sebagai satu usaha pihak Maybank bagi menyokong usahawan edagang untuk melonjakka­n perniagaan mereka.

Ia adalah penting untuk membina kehadiran yang lebih kukuh dalam pasaran dalam talian bagi satu perniagaan terutama banyak peluang sudah sedia ada, seperti pengenalan Zon Perdaganga­n Bebas Digital di Malaysia.

Maybank2u Pay adalah salah satu inisiatif untuk meningkatk­an keupayaan pembayaran elektronik untuk perniagaan e-dagang yang memerlukan platform pembayaran mudah, berkesan dan menjimatka­n kos.

Maybank2u Pay menawarkan caj transaksi serata yang rendah, proses persediaan mudah dan tidak memerlukan dokumen semasa permohonan yang dibuat dalam talian.

Peniaga hanya perlu mengintegr­asikan kaedah pembayaran dalam laman web e-dagang mereka dalam beberapa langkah yang mudah sahaja supaya boleh menerima bayaran dalam talian melalui debit dalam talian akaun melalui Maybank2u daripada pelanggan mereka.

Peniaga boleh memohon untuk Maybank2u Pay secara dalam talian di www. maybank.com.my/m2upay/.

Kelulusan hanya mengambil masa tiga hari bekerja sebelum memulakan langkah integrasi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia