Utusan Borneo (Sabah)

RM44.7 juta diperuntuk tahun ini

Untuk menyiapkan projek pembanguna­n dilaksana Sedco

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Sejumlah RM44.7 juta telah diperuntuk­kan Kerajaan Persekutua­n bagi menyiapkan projek yang dilaksanak­an Perbadanan Pembanguna­n Ekonomi Sabah (Sedco) pada 2017.

Pengerusi Sedco Datuk Nasir Sakaran berkata antara pembanguna­n itu adalah projek Taman Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Sepanggar, Bazar Masjid Negeri, Premis Industri Sandakan Fasa 2 dan Rumah Kedai Sook Fasa 4.

“Projek yang dibiayai oleh kerajaan negeri adalah seperti Rumah Kedai Merotai, Rumah Kedai Kinabatang­an Fasa 4 dan Rumah Kedai Tongod.

“Kesemua projek ini dijangka siap dalam tempoh dua tahun akan datang,” katanya ketika ditemui pada Majlis Mesra Syawal Kumpulan Sedco, pada Selasa.

Beliau berkata Sedco juga sedang melaksanak­an projek pembanguna­n atau pembinaan semula Anjung Selera, Likas yang melibatkan kos bernilai RM13.5 juta.

Dalam majlis itu, Nasir menyerahka­n sumbangan raya kepada 18 penerima yang terdiri daripada golongan kurang bernasib baik.

Katanya, seramai lapan penerima adalah kakitangan kumpulan Sedco dan selebihnya dari Persatuan Orang Buta.

“Majlis ini diadakan setiap tahun bagi mengeratka­n lagi hubungan sesama kita dalam kalangan kakitangan Sedco,” katanya.

Hadir sama di majlis itu ialah Pengurus Besar Kumpulan Sedco Pengiran Saifudin Pengiran Tahir.

Sempena engan ulangtahun Sedco ke-45, pelbagai aktiviti telah dirancang dan akan dilaksanak­an pada tahun ini.

Antaranya, Program Derma Darah yang diadakan serentak di Kota Kinabalu, Tawau, Sandakan dan Lahad Datu pada 13 Ogos depan.

Sementara itu, kejohanan golf mini Gemaputera Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri diadakan pada 17 dan 18 Ogos, penanaman seribu pokok pada 9 September dan majlis makan malam ulangtahun Sedco ke45 pada 10 November 2017.

“Antara

pembanguna­n itu adalah projek Taman Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Sepanggar, Bazar Masjid Negeri, Premis Industri Sandakan Fasa 2 dan Rumah Kedai Sook Fasa 4. DATUK NASIR SAKARAN Pengerusi Sedco

 ??  ?? NASIR (dua kanan) menyerahka­n sumbangan kepada salah seorang penerima sambil diperhatik­an oleh Saifudin (tiga kiri).
NASIR (dua kanan) menyerahka­n sumbangan kepada salah seorang penerima sambil diperhatik­an oleh Saifudin (tiga kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia