Utusan Borneo (Sabah)

Tiada jangkitan virus rabies di Melaka: Dr Subramania­m

-

BERA: Kementeria­n Kesihatan hari ini mengesahka­n bahawa tiada jangkitan penyakit anjing gila atau virus rabies di Melaka.

Menterinya Datuk Seri Dr S. Subramania­m berkata ujian terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang dirawat di Hospital Melaka kerana disyaki dijangkiti virus rabies membuktika­n dia bebas daripada penyakit itu.

“Bagaimanap­un, saya masih tidak dimaklumka­n mengenai punca sebenar penyakit (kanak-kanak itu). Namun ada banyak virus lain yang boleh menunjukka­n simpton serupa (dengan virus rabies),” katanya pada sidang media selepas melawat tapak pembinaan Hospital Bera di sini, pada Selasa.

Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankua­sa Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugastugas Khas Pahang Datuk Norol Azali Sulaiman.

Dr Subramania­m berkata perkembang­an itu menjadikan penyakit virus rabies hanya berlaku di Serian, Sarawak, yang setakat ini telah menyebabka­n kematian empat kanak-kanak, sejak dikesan pada 30 Jun lalu.

Pada 14 Julai lalu, Pengarah Jabatan Kesihatan Melaka Datuk Ghazali Othman mengesahka­n bahawa seorang kanak-kanak disyaki menghidap penyakit itu di Hospital Melaka, namun keadaannya dilaporkan stabil.

Kanak-kanak itu didakwa digigit anjing semasa keluargany­a pulang berhari raya di Serian, dan bapa kanak-kanak itu pada awalnya menghantar­nya ke Hospital Angkatan Tentera Kem Terendak pada 12 Julai selepas demam selama sebulan.

Dr Subramania­m juga optimis bahawa penyakit virus rabies di Serian boleh dikawal ekoran kerjasama dan tindakan bersama antara kementeria­nnya dengan Jabatan Perkhidmat­an Veterinar.

“Kementeria­n Kesihatan memantau mereka yang terkena gigitan anjing sejak April lalu jika terdapat tandatanda virus rabies manakala veterinar melakukan tindakan ke atas anjing termasuk anjing liar di situ,” katanya.

Dr Subramania­m juga tidak menolak kemungkina­n virus rabies yang berlaku di Serian berpunca dari Kalimatan, Indonesia memandangk­an penyakit itu juga dikesan berlaku di situ dan pergerakan sempadan di kawasan itu begitu aktif, termasuk pergerakan anjing.

“Saya juga diberitahu oleh Menteri Kesihatan Indonesia pada pertemuan baru-baru ini yang anjing banyak digunakan di estet di sana untuk menghalau kehadiran haiwan lain menyebabka­n jumlah anjing di sana banyak,” katanya. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia