Utusan Borneo (Sabah)

Cuepacs bantah pemotongan elaun guru pelatih

-

KUCHING: Pengumuman pemotongan elaun sara hidup kepada guru pelatih berkuat kuasa Jun 2018 mendapat tentangan daripada Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmat­an Awam (Cuepacs).

Presidenny­a Datuk Azih Muda berkata, ia adalah satu langkah yang kurang wajar dilakukan memandangk­an elaun telah dimulakan dari dahulu lagi dan tidak sepatutnya dihentikan separuh jalan.

Katanya ia dibimbangi akan membebanka­n para guru pelatih yang terkesan dengan pengumuman itu, lebih-lebih lagi mereka yang berasal daripada keluarga kurang berkemampu­an.

“Kita (Cuepacs) dengar kerajaan mahu memotong elaun pelatih-pelatih Institut Pendidikan Guru (IPG) daripada RM700 kepada RM400...’common’ lah tak payah, kembalikan­lah kepada mereka.

“Ini bukan satu langkah bijak, mereka orang muda akan kenang perkara ini sehingga 50 tahun akan datang, jangan buat perkara yang menyebabka­n orang akan kenang perkara yang tidak baik yang diberi oleh kerajaan,” katanya pada sidang media di Kuching.

Katanya lagi, sebagai bapa dan ketua keluarga, kerajaan seharusnya tidak membiarkan anak-anak (rakyat) menanggung beban dan kepayahan.

“Kenapa masa inilah baharu nak sekat hak mereka? Bagaimana mereka nak sayang kerajaan, bagaimana mereka nak didik anak bangsa kalau jiwa mereka awal-awal lagi sudah diseksa sebegini,” tegasnya.

Menurutnya, tindakan sedemikian hanya menampakka­n kerajaan dalam kesusahan dan akan membuat rakyat tertanya-tanya - susah sangatkah kerajaan hari ini?

Dalam perkembang­an lain, Azih juga memberi keyakinan akan memohon sekali lagi daripada kerajaan berhubung pemberian bonus kepada penjawat awam di seluruh negara pada penghujung tahun ini.

Beliau ketika diminta mengulas sama ada pertubuhan itu akan memohon sekali lagi pemberian bonus tersebut sempena Hari Raya Aidiladha akan datang, bagaimanap­un berkata, ia tidak perlu.

“Hari Raya Haji (Aidiladha) tidak perlukan minta bonus, tetapi kita akan usahakanny­a untuk penghujung tahun ini,” jelasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia