Utusan Borneo (Sabah)

Perlu lebih ramai pakar dalam bidang keselamata­n siber

Sarawak perlu punyai pertahanan siber, kata Abang Johari

-

KUCHING: Sarawak memerlukan lebih ramai pakar dalam bidang keselamata­n siber bagi melindungi sistem maklumat siber di negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata serangan siber sentiasa berlaku dan Sarawak perlu mempunyai pertahanan siber atau dalam kata lain pakar dalam keselamata­n siber.

Sehubungan itu beliau berharap institusi pengajian tinggi (IPT) termasuk Swinburne memperkena­lkan program keselamata­n siber untuk Sarawak melahirkan pakar dalam bidang ini.

“Perkara ini amat penting kepada kita kerana terdapat gangguan teknologi yang dapat mengesan apa sahaja maklumat yang kita ada.

“Sebab itu kita mesti

mempunyai pakar yang dapat memantau dan mengesan sebarang serangan ke atas sistem siber kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada pelancaran ‘Big Day In Sarawak’ dan menandatan­gani

Memorandum Persefaham­an (MoU) antara Kesatuan Komputer Australia (ACS) dan Swinburne University of Technology Kampus Sarawak.

Tambah Abang Johari, dalam usaha Sarawak mewujudkan ekonomi digital ia pastinya melalui perjalanan yang panjang dan mencabar.

Tetapi beliau yakin penggiat pemain industri dan IPT seperti Swinburne dan setiap badan profesiona­l akan menyumbang kepakaran dalam bidang ini dan membolehka­n Sarawak mencapai matlamat ekonomi digital untuk melonjakka­n pembanguna­n negeri ini.

Mengulas mengenai program ‘Big Day In

Sarawak’ yang berlangsun­g pada Isnin, ia merupakan anjuran Fakulti Kejurutera­an, Pengkomput­eran dan Sains Swinburne dengan kerjasama ACS dan Yayasan ACS.

Ini merupakan kali pertama program ini diadakan di luar Australia yang fokus kepada pilihan kerjaya dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Lebih 450 pelajar dan guru daripada 15 sekolah dari sekitar bandar raya ini menyertai program tersebut dan berpeluang membincang­kan peluangpel­uang kerjaya dalam ICT bersama penceramah daripada industri.

Perkara ini amat penting kepada kita kerana terdapat gangguan teknologi yang dapat mengesan apa sahaja maklumat yang kita ada. DATUK AMAR ABANG JOHARI TUN ABANG OPENG

 ??  ?? ABANG Johari (dua kiri) melihat hasil kreativiti para pelajar yang dipamerkan pada program ‘Big Day In Sarawak’ di Swinburne Sarawak di Kuching. Turut kelihatan Dr Annuar (kiri).
ABANG Johari (dua kiri) melihat hasil kreativiti para pelajar yang dipamerkan pada program ‘Big Day In Sarawak’ di Swinburne Sarawak di Kuching. Turut kelihatan Dr Annuar (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia