Utusan Borneo (Sabah)

Seorang lagi mangsa rabies meninggal dunia

-

KUCHING: Kanak-kanak dari Kampung Ampungan di Serian yang dijangkiti virus rabies, disahkan meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak (HUS) pada jam 2.05 petang, Isnin.

Sekretaria­t Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak dalam satu kenyataan mengesahka­n mangsa berusia lima tahun itu meninggal dunia akibat rabies encephalom­yelitis.

Kanak-kanak dikenalpas­ti sebagai Florencesi­a Edward, mempunyai sejarah gigitan anjing pada 27 Mei lalu di Kampung Saroban di Serian sebelum mengalami gejala demam, sakit di lengan kiri serta kelihatan kurang aktif pada 3 Julai dan dibawa ke Hospital Serian untuk rawatan.

Dia kemudian dirujuk ke HUS sebelum dipindahka­n ke Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) pada keesokanny­a (4 Julai) apabila keadaannya semakin kritikal dan disahkan mengalami jangkitan rabies melalui ujian makmal pada 11 Julai.

Mayatnya dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik HUS sebelum dibawa ke kediaman keluarga di Kampung Ampungan, Serian untuk upacara pengebumia­n.

Setakat ini, sebanyak empat kes jangkitan rabies dicatatkan, di mana kesemua mangsa yang terdiri daripada kanak-kanak berusia empat hingga tujuh tahun telah meninggal dunia. Tiada kes terbaharu dicatatkan.

Mangsa ketiga dijangkiti virus rabies, Alicesa Lorenna Nody, 7, dari Kampung Lebor meninggal dunia selepas mesin bantuan hayat dihentikan pada Khamis lepas.

Manakala dua adik beradik dari Kampung Paon Rimu, Monica Mazlan, 6 dan Jackson Mazlan, 4, meninggal dunia pada 4 Julai lepas.

Sementara itu, operasi bersepadu dikendalik­an Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan bersama Jabatan Perkhidmat­an Veterinar Sarawak (JPVS) setakat ini telah menangkap 73 ekor anjing terbiar di sekitar Serian.

Sehingga Isnin, sebanyak 24 kes gigitan baharu dikesan, menjadikan kesemua kes direkodkan dari 2 hingga 17 Julai sebanyak 97 kes manakala dari tempoh 1 Julai hingga hari ini, 368 kes dicatatkan.

Setakat ini, seramai 251 orang telah tampil untuk mendapat vaksin bagi mencegah penularan penyakit rabies.

Buat masa ini, vaksin diberikan kepada kes gigitan anjing dan kucing di kawasan wabak memenuhi kriteria klinikal.

Masyarakat turut diseru untuk tidak membiarkan haiwan peliharaan berkeliara­n serta mengelakka­n diri daripada bermain dengan haiwan tersebut meskipun ia telah diberi vaksin.

“Mereka yang digigit anjing atau haiwan terutama dari kawasan terlibat diminta tampil ke Hospital Serian bagi pemeriksaa­n lanjut dengan segera,” kata kenyataan itu lagi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia