Utusan Borneo (Sabah)

K’jaan perlu teliti beberapa kemungkina­n penyebab penjawat awam alami stres

-

KUCHING: Kerajaan perlu meneliti beberapa kemungkina­n yang menyebabka­n kebanyakan penjawatny­a mengalami stres di tempat kerja.

Malah bukan itu sahaja, ia juga dikhuatiri akan menjejaska­n organisasi tempat kerja, sekali gus memberi kesan negatif kepada institusi kekeluarga­an.

Menurut Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmat­an Awam (Cuepacs) Datuk Azih Muda, tidak dinafikan hari ini penjawat sektor awam termasuk di kementeria­n, jabatan mahupun badan beruniform berdepan dengan satu tahap stres kerja yang agak tinggi.

“Apabila kerajaan membuat keputusan tidak lagi menambah kakitangan kecuali apabila berlaku kekosongan ekoran persaraan, tidak ada lagi pengambila­n baharu, maka beban kerja bertambah dan apabila beban kerja bertambah, maka masa yang ada iaitu lapan jam tidak mencukupi, jadi kerja lebih masa.

“Bila kerja lebih masa, terdapat banyak agensi kerajaan yang tidak membayar gaji lebih masa, malah ada yang hanya bayar separuh, ada yang hanya bayar tiga perempat, ada yang hanya bayar satu pertiga dan ada juga yang hanya diberi cuti ganti.

“Ini antara faktor yang akhirnya menimbulka­n stres kepada para penjawat,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Bengkel Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Sektor Awam 2017 anjuran Jabatan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Sarawak di sebuah hotel di sini, pada Isnin.

Jelas Azih lagi, penjawat yang berdepan kerja lebih daripada dua syif juga antara mereka yang berisiko tinggi mengalami stres di tempat kerja sekali gus menyebabka­n keruntuhan institusi kekeluarga­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia