Utusan Borneo (Sabah)

Datuk mangsa rabies reda pemergian cucu

-

KUCHING:Meskipunse­dih, tetapi hakikatnya terpaksa diterima apabila kehilangan orang tersayang.

Demikian luahan Kutek Rintan, 58, yang terpaksa berdepan berita sedih apabila cucunya, Florencesi­a Edward meniggal dunia akibat penyakit anjing gila atau rabies encephatom­yelitis di Hospital Umum Sarawak (HUS) pada Isnin.

Mangsa keempat rabies itu disahkan meninggal dunia pada jam 2.05 petang semasa menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Pediatrik sejak dimasukkan pada 4 Julai lalu.

Kanak-kanak berusia lima tahun dari Kampung Ampungan itu dilaporkan menerima bantuan hayat sepenuhnya sejak Sabtu lalu.

Di sebalik raut wajahnya yang bersahaja, tersirat kesedihan yang sukar untuk digambarka­n sebaik kehilangan ahli keluargany­a.

“Saya terima pemergiann­ya (Florencesi­a), walaupun sedih dan berat rasa hati untuk menerima hakikat ini,” katanya ketika ditemui di hospital, pada Isnin.

Menceritak­an kejadian itu, Kutek berkata anak kedua daripada tiga beradik itu terkena gigitan anjing ketika berada di Kampung Seroban, Serian.

Susulan itu, mangsa dibawa ke Hospital Serian untuk rawatan lanjut dan menerima 10 jahitan di tangan kiri.

“Luka pada tangannya beransur pulih, tetapi penghujung Jun lalu dia menunjukka­n tanda-tanda sakit dan dibawa ke hospital sebelum dirujuk ke HUS sekitar jam 6 petang,” katanya.

Kutek berkata sejak cucunya dirawat di PICU HUS, mereka sekeluarga sentiasa berdoa agar mangsa kembali sihat seperti sedia kala.

Bagaimanap­un, selepas bertarung nyawa kirakira dua minggu, cucunya disahkan meninggal dunia.

Mayat mendiang dibawa pulang oleh ahli keluarga ke Kampung Ampungan, Serian untuk urusan pengebumia­n.

Sementara itu, Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam kenyataann­ya mengesahka­n berita kematian mangsa keempat akibat rabies di negeri ini.

Sebanyak 97 kes gigitan baharu telah dikesan yang berlaku dari 2 hingga 17 Julai dan daripada jumlah tersebut, 24 kes gigitan dikesan sehingga pada Isnin.

 ??  ?? MAYAT mendiang dibawa pulang oleh seorang ahli keluargany­a untuk urusan pengebumia­n.
MAYAT mendiang dibawa pulang oleh seorang ahli keluargany­a untuk urusan pengebumia­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia