Utusan Borneo (Sabah)

Pesakit kanser amat memerlukan sokongan moral daripada masayaraka­t

-

SARIKEI: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Repok Dato Sri Huang Tiong Sii menegaskan bahawa sokongan moral dan tanggungja­wab sosial masyarakat kepada golongan menghidap penyakit kanser, khususnya golongan kanakkanak amat diperlukan.

Katanya saat golongan itu bertarung nyawa berdepan penyakit ini sokongan masyarakat amat diharapkan agar kanak-kanak menghidap kanser tabah mengharung­i cabaran.

“Seperti diketahui untuk mendapatka­n rawatan, pesakit kanser memerlukan kos tinggi sedangkan tidak semua keluarga pesakit mampu menampung perbelanja­an itu.

“Justeru, langkah Pertubuhan Kanser KanakKanak Negeri Sarawak (SCCS) menganjurk­an kempen kesedaran dan kutipan derma melalui ‘Go Bald’ harus disokong semua pihak.

“Ini kerana semua hasil kutipan derma diperolehi melalui kempen tersebut digunakan persatuan terbabit membantu kanakkanak menghidap penyakit berbahaya itu.

“Maka, sebagai tanda sokongan terhadap program ini saya menyumbang peruntukan berjumlah RM55,000 kepada SCCS,” katanya pada Program ‘Go Bald 9 Satellite Shave’ di sini pada Isnin.

Program itu julung kalinya diadakan di sini dan mendapat sambutan amat memberangs­angkan daripada semua pihak.

Seramai 45 individu membotakka­n kepala dan jumlah keseluruha­n derma dikutip adalah RM68,390 yang disumbangk­an kepada tabung SCCS.

Turut hadir bekas Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan dan isterinya, Datin Patinggi Puan Sri Datuk Lorna Enan Muloon.

 ??  ?? HUANG mengguntin­g rambut salah seorang peserta pada program ‘Go Bald 9 Satellite Shave’ di Sarikei.
HUANG mengguntin­g rambut salah seorang peserta pada program ‘Go Bald 9 Satellite Shave’ di Sarikei.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia