Utusan Borneo (Sabah)

Dua maut kemalangan

Budak, warga emas maut selepas dua kereta bertembung di Limbang

-

LIMBANG: Perjalanan pulang sebuah keluarga bertukar tragedi hitam apabila seorang kanakkanak lelaki dan seorang pemandu warga emas dari kereta berlainan maut dalam kemalangan membabitka­n dua kenderaan di Kilometer 36 Jalan Tedungan di sini petang Ahad.

Mangsa, Abdul Malik Rahim, 8, merupakan murid sekolah rendah di sini dan seorang pemandu, Duncan Taboh, 66, maut dalam kemalangan sekitar jam 5.30 petang.

Selain Abdul Malik, kenderaan itu turut dinaiki enam ahli keluargany­a dengan dua daripadany­a cedera parah manakala selebihnya cedera ringan dan dihantar ke hospital untuk mendapatka­n rawatan.

Kedua-dua mangsa maut merupakan warga tempatan dan menaiki kenderaan bernombor pendaftara­n Brunei.

Ketua Polis Daerah Limbang Superinten­den Mohd Bukhori Saffai berkata, hasil siasatan awal mendapati kenderaan dipandu Duncan dari arah bandar menuju Tedungan memasuki laluan bertentang­an lalu bertembung dengan kenderaan yang dinaiki Abdul Malik dan yang lain.

"Akibat rempuhan itu, Duncan maut di tempat kejadian akibat tersepit dalam keretanya yang remuk manakala Abdul Malik meninggal dunia dalam perjalanan ketika mendapatka­n rawatan di Klinik Batu Danau," katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Limbang Tawang Lingem menjelaska­n bahawa seramai lapan anggota bergegas ke lokasi kejadian kira-kira 36 kilometer sebaik menerima laporan kejadian itu jam 6.35 petang.

Katanya, pihaknya terpaksa menggunaka­n peralatan 'bomb' bagi mengeluark­an mangsa tersepit dalam kemalangan itu.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 41(1) APJ 1987.

Hasil siasatan awal mendapati kenderaan dipandu Duncan dari arah bandar menuju Tedungan memasuki laluan bertentang­an lalu bertembung dengan kenderaan yang dinaiki Abdul Malik dan yang lain. SUPERINTEN­DEN MOHD BUKHORI SAFFAI Ketua Polis Daerah Limbang

 ??  ?? KEADAAN di tempat kejadian kemalangan maut di Kilometer 36, berhampira­n Kampung Bidang.
KEADAAN di tempat kejadian kemalangan maut di Kilometer 36, berhampira­n Kampung Bidang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia