Utusan Borneo (Sabah)

Indeks jenayah Sarawak menurun empat peratus

-

KUCHING: Kadar indeks jenayah di Sarawak menurun kepada 3,340 kes bagi tempoh 1 Januari hingga 13 Julai tahun ini berbanding 3,489 kes bagi tempoh yang sama pada 2016.

Bekas Pesuruhjay­a Polis Sarawak Datuk Mazlan Mansor (kini ketua polis Selangor) berkata penurunan sebanyak empat peratus atau 149 kes ini adalah hasil komitmen semua anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) di negeri ini.

Sehubungan itu beliau berharap trend penurunan kadar indeks jenayah ini akan dikekalkan dan pasa masa yang sama meningkatk­an kadar pertuduhan kes di mahkamah agar masyarakat terutama mangsa jenayah mendapat pembelaan.

“Dalam konteks tindakan terhadap jenayah narkotik selaras dengan pengisytih­aran Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada 28 Februari 2016 di Lawas iaitu Perangi Dadah Habis-Habisan, kita di Sarawak melalui pendekatan pembantera­san yang lebih agresif serta komprehens­if dengan fokus kepada pengedarpe­ngedar dadah.

“Pendekatan ini berjaya membuahkan hasil di mana bagi tempoh Januari hingga Julai 2017, PDRM Sarawak berjaya menangkap seramai 30 pengedar dadah berbanding hanya 22 orang pada 2016.

“Manakala bagi kategori bekalan dan Deksyen 398 bagi tempoh yang sama, seramai 232 orang ditangkap berbanding 218 orang dengan peningkata­n nilai sitaan sebanyak RM2,811,288.92 berbanding RM2,804,628.68 pada 2016.

“Secara keseluruha­nnya, PDRM Sarawak berjaya menangkap seramai 3,680 orang dalam tempoh Januari hingga Jun 2017 atas pelbagai kesalahan dadah dengan peningkata­n sebanyak 9.2 peratus,” katanya.

Mazlan berkata demikian ketika berucap sempena perbarisan perpisahan beliau sebagai pesuruhjay­a polis Sarawak di Padang Kawad Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di sini pada Isnin.

Dalam ucapan terakhir sebagai pesuruhjay­a polis Sarawak, Mazlan turut menyeru semua warga PDRM terutama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik supaya sentiasa memperting­katkan usaha serta tindakan yang lebih agresif demi memastikan bekalan dadah ke negeri terus dibanteras.

Baru-baru ini katanya, PDRM juga melancarka­n Ops Selamat 11 sempena sambutan Hari raya Aidilfitri berkuat kuasa selama 15 hari dengan objektif mengurangk­an kadar kemalangan jalan raya pada musim perayaan dan mencegah berlakunya kes pecah rumah yang disifatkan terbaik oleh ketua polis negara.

“Saya percaya, pencapaian terbaik Ops Selamat kali ini turut disumbangk­an oleh kejayaan PDRM Kontinjen Sarawak dalam menguatkua­sakan undangunda­ng jalan raya sehingga berjaya mencapai objektif seperti yang disasarkan,” katanya.

Jumlah kemalangan keseluruha­n yang dicatatkan sepanjang tempoh Ops Selamat itu adalah sebanyak 692 kes, menurun sebanyak 32 kes berbanding 724 kes pada tahun sebelumnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia