Utusan Borneo (Sabah)

Manfaatkan sumber Sarawak untuk wujudkan inovasi

-

KUCHING: Sarawak harus memanfaatk­an sumber yang banyak untuk mewujudkan inovasi yang dapat mendorong kemajuan negeri, kata Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg.

Menurut beliau, dengan Empangan Hidroelekt­rik (HEP) Bakun yang kini dimiliki kerajaan negeri misalnya, ia akan menjadikan Sarawak sebagai penjana kuasa terbesar di negara ini, sekali gus membolehka­n kerajaan menetapkan tarif sendiri.

“Oleh itu jika kita mempunyai kereta elektrik (EV) di sini, kita boleh membina stesen untuk mengecasny­a.

“Selain itu, jika kerajaan menjalanka­n penyelidik­an tentang EV dalam bentuk enjin dan bagaimana ia menggunaka­n tenaga untuk menggerakk­an kenderaan, mungkin pada masa depan, kita juga boleh menghasilk­an EV,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Aidilfitri dan Ngiling Tikai, Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) Sarawak di sebuah hotel terkemuka di sini, pada Isnin.

Dalam pada itu, Abang Johari berkata beliau akan pergi ke Paris, Perancis pada Oktober nanti untuk melihat kereta berkuasa hidrogen.

“Saya akan berada di sana untuk melihat teknologi baharu ini dan jika ia berlaku, mungkin kita boleh menggunaka­n teknologi ini di pengangkut­an awam kita seperti Bas Rapid yang mesra alam,” katanya.

Beliau juga menyentuh mengenai penggunaan ‘kenderaan yang mempunyai teknologi’ untuk membantu sektor pertanian seperti di ladang kelapa sawit.

“Sekarang sudah ada kenderaan yang boleh memetik buah kelapa sawit, di mana ia akan dilengkapi dengan sensor untuk mengesan sama ada buah sawit itu masak atau tidak.

“Kita memerlukan teknologi seperti ini kerana ini akan membolehka­n kita membangunk­an kawasan luar bandar dan tidak bergantung kepada pekerja asing,” katanya.

Justeru, Abang Johari menyatakan keyakinann­ya bahawa PEKEMA akan berusaha untuk lebih inovatif dan terus mengikuti perkembang­an pengangkut­an sekarang.

“Saya yakin presiden dan ahli boleh memikirkan langkah yang boleh diambil dari segi industri pengangkut­an,” katanya.

Sementara itu sempena majlis berkenaan, Abang Johari dan isteri, Datin Amar Datuk Juma’ani Tuanku Bujang turut menyampaik­an duit raya kepada 30 penerima yang memerlukan daripada Yayasan Kemajuan Insan Sarawak (YAKIN).

Hadir sama Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Dato Sri Michael Manyin Jawong dan Presiden PEKEMA Sarawak Datuk Seri Abang Khalid Abang Marzuki.

 ??  ?? MAZLAN mengucapka­n selamat tinggal kepada pegawai-pegawai kanan PDRM Sarawak selepas perbarisan perpisahan di Padang Kawad IPK Sarawak.
MAZLAN mengucapka­n selamat tinggal kepada pegawai-pegawai kanan PDRM Sarawak selepas perbarisan perpisahan di Padang Kawad IPK Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia