Utusan Borneo (Sabah)

50,000 unit pakaian edisi khas Sukan SEA mula dijual

-

KUALA LUMPUR: Peminat sukan berpeluang memiliki unit pakaian edisi khas Sukan SEA Kuala Lumpur , sebagai ‘ole-ole’ kenangan temasya dwitahun itu yang akan berlangsun­g 14 hingga 30 Ogos ini .

Hanya 50,000 unit pakaian edisi khas sahaja dipasarkan, dan setakat dilancarka­n menerusi pembelian dalam talian pada 15 Jun lepas, sebanyak 6,000 unit telah terjual.

Pengarah Urusan Universal Fitness & Leisure (UFL), Datuk Radha Krishnan berkata pakaian jenama Football Thailand (FBT) itu terdiri daripada 12 jenis produk , antaranya baju T, baju polo, jaket, topi dan beg.

Beliau berkata, pakaian edisi istimewa itu hanya akan berada di pasaran untuk tempoh tiga bulan sebelum dihentikan jualan pada hari penutupan Sukan Para ASEAN, 23 Sept depan.

“Tidak pernah dalam sejarah Sukan SEA, begitu banyak warna untuk baju T. Biasanya sama ada biru, hitam dan hanya satu logo… logo Sukan SEA.” katanya dalam temu bual eksklusif dengan Bernama News Channel.

Selain Malaysia, ia turut dijual di kesemua negara Asia Tenggara antaranya Thailand, Singapura dan Vietnam.

Bagi pasaran tempatan, produk khas KL2017 boleh didapati di lebih 40 ‘outlet’ antaranya Al-Ikhsan, pasaraya AEON dan TESCO, selain boleh didapati di semua 30 venue Sukan SEA .

Beliau turut meminta peminat sukan menolak jenama tiruan: “Kita tahu banyak tempat sekarang dah buat tiruan, jadi kita akan maklumkan kepada KPDNKK (Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an). Jadi pastikan anda beli produk yang ada logo FBT, “tambahnya.

Pakaian edisi terhad itu dijual pada harga antara RM49 hingga RM179.

Selain atlet dan pegawai sukan, produk khas itu akan turut dipakai orang kenamaan dan sukarelawa­n sepanjang Sukan SEA Kuala Lumpur.

FBT, identiti produk sukan terkemuka Asia Tenggara menjadi jenama eksklusif bagi KL2017, manakala UFL adalah pengedar rasmi jenama itu di Malaysia. -Bernama

 ??  ?? SERAH OBOR: Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Setiu Rosmadi Nasir (tiga, kanan) menyerahka­n obor kepada Pegawai Daerah Setiu Rosdi Awang untuk meneruskan Larian Obor Kuala Lumpur 2017 di Bandar Permaisuri pada Selasa. -Gambar Bernama
SERAH OBOR: Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Setiu Rosmadi Nasir (tiga, kanan) menyerahka­n obor kepada Pegawai Daerah Setiu Rosdi Awang untuk meneruskan Larian Obor Kuala Lumpur 2017 di Bandar Permaisuri pada Selasa. -Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia