Utusan Borneo (Sabah)

Perlawanan persahabat­an bola sepak sempena kutipan amal

- Oleh MOHD NAZIB MACPEE

LAHAD DATU: Kelab Mu Legend dengan kerjasama empat kelab bola sepak sekitar daerah ini telah mengadakan perlawaan persahabat­an di padang IPD Lahad Datu, pada Sabtu.

Perlawanan persahabat­an itu sempena kutipan amal bagi membantu keluarga arwah Eddie Luna, 46, merupakan salah seorang daripada empat mangsa yang terlibat dalam kemalangan ngeri di Kilometer 3 Jalan Lahad Datu-Tungku pada 10 Julai lalu.

Penaung Mu Legend, Mohd Rahmat Datuk Mohd Yusof berkata, antara empat kelab yang turut terlibat dalam menjayakan kutipan amal berkenaan terdiri daripada kelab Sapagaya Veteran, Gong FC, Lasai FC dan Red United.

“Perlawanan persahabat­an ini merupakan salah satu pendekatan yang diambil oleh seluruh rakan-rakan arwah sebagai penghargaa­n dan simbolik memperinga­ti arwah yang banyak menyumbang dalam arena bola sepak khususnya bagi daerah ini di sepanjang berkecimpu­ng sejak awal tahun 90-an lagi.

“Alhamdulil­lah, sepanjang perlawanan berlangsun­g, kita telah mendapat respon amat baik terutamany­a daripada kelab-kelab yang arwah pernah wakili.

“Kutipan amal kemudianny­a diserahkan kepada ahli keluarga arwah bagi meringanka­n beban mereka dalam menempuhi dugaan yang penuh mencabar itu,” katanya.

Rahmat yang juga Naib Ketua Pemuda Umno Silam dan merangkap Ahli Majlis Daerah Lahad Datu dalam pada itu turut mengucapka­n syabas dan terima kasih di atas sokongan dan dorongan yang telah ditojolkan oleh kelab-kelab yang telah mengambil bahagian.

“Semoga jasa baik serta usaha murni setiap ahli kelab akan sentiasa diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT,” katanya.

 ??  ?? LIMA kelab yang terlibat dalam menjayakan perlawanan persahabat­an sempena kutipan amal.
LIMA kelab yang terlibat dalam menjayakan perlawanan persahabat­an sempena kutipan amal.
 ??  ?? SIMBOLIK memperinga­ti arwah yang banyak menyumbang dalam arena bola sepak tempatan.
SIMBOLIK memperinga­ti arwah yang banyak menyumbang dalam arena bola sepak tempatan.
 ??  ?? RAHMAT (dua kiri) menyampaik­an sedikit taklimat berhubung tujuan perlawanan persahabat­an diadakan.
RAHMAT (dua kiri) menyampaik­an sedikit taklimat berhubung tujuan perlawanan persahabat­an diadakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia