Utusan Borneo (Sabah)

Lebih 50 pengadil ditauliahk­an

Kursus Kepengadil­an Badminton (Tahap 1&2 Kebangsaan) 2017

- Oleh DESMOND QWEK

KOTA KINABALU: Lebih 50 pegawai telah menyertai Kursus Kepengadil­an Badminton (Tahap 1&2 Kebangsaan) 2017 yang berakhir di Kompleks Sukan Tawau pada Sabtu.

Kursus itu yang diselengga­rakan oleh pengadil Persekutua­n Badminton Dunia (BWF) Anthony C. Linggian melibatkan peserta dari Semporna, Lahad Datu, Kunak dan Tawau.

Antara topik yang disentuh semasa program dua hari itu ialah undangunda­ng terkini, cadangan pegawai-pegawai teknikal, peraturan-peraturan terkini asas pertanding­an, pengendali­an undian perlawanan, pembentuka­n jadual perlawanan, tayangan video kajian kes serta cara dan praktikal mengisi catatan mata.

Presiden Kelab Tangkis Tawau (KTT) Saharuddin Kasim melalui kenyataan akhbar pada Selasa berkata, usaha menganjurk­an program itu sejajar dengan kekurangan pegawai teknikal di bahagian berkenaan.

“Sejajar itu, kami di Tawau amat berterima kasih kepada Persatuan Badminton Sabah (SBA) kerana menyokong penuh penganjura­n program ini dan begitu juga Lembaga Sukan Negeri Sabah (LSNS) serta Anthony yang juga ahli lembaga LSNS.

“Sudah tentu program ini telah melahirkan lebih ramai pegawai untuk membolehka­n bahagian ini selain Semporna, Lahad Datu dan Kunak menganjurk­an lebih banyak pertanding­an di masa-masa hadapan,” jelas beliau.

“Sudah

tentu program ini telah melahirkan lebih ramai pegawai untuk membolehka­n bahagian ini selain Semporna, Lahad Datu dan Kunak menganjurk­an lebih banyak pertanding­an di masa-masa hadapan. SAHARUDDIN KASIM Presiden Kelab Tangkis Tawau (KTT)

 ??  ??
 ??  ?? PARA peserta dan pegawai merakamkan kenangan selepas berakhirny­a Kursus Teknikal Pengadil Badminton (Tahap 1&2 Kebangsaan) 2017 di Kompleks Sukan Tawau pada Sabtu.
PARA peserta dan pegawai merakamkan kenangan selepas berakhirny­a Kursus Teknikal Pengadil Badminton (Tahap 1&2 Kebangsaan) 2017 di Kompleks Sukan Tawau pada Sabtu.
 ??  ?? ANTHONY Linggian (kiri) menyampaik­an sijil penyertaan kepada Saharuddin.
ANTHONY Linggian (kiri) menyampaik­an sijil penyertaan kepada Saharuddin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia