Utusan Borneo (Sabah)

Khairy yakin liputan secara langsung tidak jejas kehadiran penonton

-

KUALA LUMPUR: Penyiaran temasya Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur 2017 (KL2017) secara langsung menerusi stesen televisyen dan aplikasi digital tidak akan menjejaska­n kehadiran penonton di venue pertanding­an, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Beliau yakin rakyat Malaysia khususnya peminat sukan tanah air akan sentiasa memberi sokongan padu kepada atlet negara dengan berada di setiap venue pertanding­an.

“Saya rasa mesti ada permintaan yang banyak untuk menyaksika­n semua sukan di stadium juga. Sebab itu kita sudah hampir menjual sepenuhnya tiket bagi beberapa sukan dan yang lain pun sedang dijual dengan begitu laris sekali.

“Saya tidak ada apa-apa kebimbanga­n bahawa dewan dan stadium tidak akan diisi. Ini (siaran langsung) untuk mereka yang tidak dapat datang (ke venue),” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran liputan komprehens­if Sukan SEA oleh Astro Arena di Stadium Nasional Bukit Jalil kelmarin.

Khairy berkata temasya KL2017 bakal mencatat sejarah apabila mendapat liputan siaran langsung menerusi tiga badan penyiar tempatan iaitu Astro, Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan rangkaian televisyen Media Prima serta platform digital seperti komputer riba dan peranti mudah alih.

“Dengan liputan Astro, saluran free-to-air dan liputan menerusi Youtube KL2017, tidak ada sebab rakyat tidak boleh mengikuti perkembnga­n atlet kita di temasya Sukan SEA nanti,” katanya.

Terdahulu, dalam ucapannya, Khairy berkata sebanyak 24 jenis sukan akan mendapat liputan penyiaran secara langsung bermula 14 Ogos, apabila acara bola sepak lelaki membuka tirai.

Selain bola sepak lelaki, acara yang turut disiarkan secara langsung adalah olahraga, akuatik, berbasikal (trek), tenpin boling, billiard dan snooker, ragbi 7, angkat berat, ping pong, gimnastik, luncur ais, tinju, muay, karate, taekwondo, pencak silat, wushu, bola keranjang, badminton, bola jaring, sepak takraw, skuasy, memanah dan hoki.

Khairy yang juga pengerusi Jawatankua­sa Pengelola Malaysia (MASOC) berkata kerja produksi siaran langsung juga turut membabitka­n beberapa pasukan produksi negara luar iaitu dari Singapura, Thailand, Indonesia dan Filipina.

Menurut Khairy, berdasarka­n rekod, nilai media TV untuk Sukan SEA Singapura 2015 ialah sebanyak RM328 juta, manakala satu kajian yang dibuat untuk temasya yang sama menunjukka­n sejumlah 2,084 jam liputan siaran televisyen telah dipancarka­n di seluruh Asia Tenggara, membabitka­n sejumlah 398 juta penonton.

“Ini bermakna jumlah penonton televisyen yang akan mengikuti Sukan SEA kali ini dijangka maha besar (jauh lebih besar) daripada mana-mana temasya Sukan SEA sebelum ini.

“Kami percaya jumlah ini berubah dan bertambah besar dan pada Sukan Kuala Lumpur 2017 kali ini, lebih besar daripada jumlah liputan siaran televisyen dan jumlah penonton kelak,” katanya.

Dalam pada itu, Khairy berkata beliau teruja dengan segala persiapan yang telah diambil untuk memastikan bahawa masyarakat di seluruh negara dan juga rantau Asia Tenggara dapat menikmati dan mengikuti segala perkembang­an Sukan SEA yang akan berlangsun­g pada 19 hingga 30 Ogos nanti. -Bernama

 ?? -Gambar Bernama ?? KHAIRY bergambar bersama Presiden Majlis Olimpik Malaysia Tunku Tan Sri Imran Tuanku Ja’afar dan Naib Presiden Perniagaan Sukan Astro Lee Choong Khay serta para atlet ketika upacara perasmian pada Majlis Pelancaran Liputan Sukan SEA oleh Astro Arena di...
-Gambar Bernama KHAIRY bergambar bersama Presiden Majlis Olimpik Malaysia Tunku Tan Sri Imran Tuanku Ja’afar dan Naib Presiden Perniagaan Sukan Astro Lee Choong Khay serta para atlet ketika upacara perasmian pada Majlis Pelancaran Liputan Sukan SEA oleh Astro Arena di...
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia