Utusan Borneo (Sabah)

Totti umum ‘satu pengembara­an baharu’

Pemain berusia 40 tahun itu bersara, isi jawatan ahli lembaga pengarah AS Roma

-

ROM, Itali: Francesco Totti mengesahka­n persaraann­ya Isnin lepas dengan bintang legenda kelab AS Roma itu mengumumka­n “satu pengembara­an baharu” dalam kerjayanya ketika beliau mengisi jawatan ahli lembaga pengarah di kelab Serie A Itali itu.

Permain 40 tahun itubermain per-lawa nantera khirny a ber-sama Roma pada bulan Mei, selepas 24 tahun di kelab dari ibu kota Itali itu dan membuat keputusan untuk bersara walaupun sehari sebelum itu beliau dikaitkan dengan satu kemungkina­n perpindaha­n ke Asia atau Amerika Syarikat (AS).

“Bahagian pertama kehidupan saya sebagai pemain bola sepak sudah berakhir dan sekarang satu lagi bahagian penting akan bermula,” kata Totti menerusi akaun rasmi laman sosial Facebook beliau.

“Sehingga 28 Mei, saya hanya memikirkan untuk bermain bola sepak, bergembira dan memberikan satu sumbangan penting kepada pasukan. “Sekarang saya sudah meneruskan langkah, saya kini mengubah satu babak baharu dalam kehidupan saya.” Totti bermain 786 perlawanan untuk Roma selepas menyertai kelab ketika masih bersekolah pada 1989, menjaringk­an satu rekod kelab 307 gol dan memenangi Piala Dunia 2006 bersama Itali. Bekas pemain tengah itu akan bekerja bersamasam­a pengarah sukan baharu Roma, Monchi, yang dilaporkan enggan memberikan Totti kontrak baharu sebagai pemain dan juga telah melantik Eusebio di Francesco sebagai jurulatih. “Saya mempunyai 25 tahun dan lebih banyak sejarah bersama Roma,” tambah Totti. “Padang permainan sudah memberikan saya begitu banyak dan saya mencuba sebaik mungkin bersama mereka yang terlibat dengan kelab, yang telah menunjukka­n kasih sayang kepada saya setiap hari.

“Permulaan fasa baharu, pengembara­an baharu. Saya mahu terlibat dalam segalagala­nya, saya mahu menjadi orang penting untuk kota Rom dan untuk AS Roma.”

Kelab dari Jepun, Tokyo Verdy hampir mendapatka­n Totti tetapi media tempatan melaporkan Isnin lepas di mana satu perjanjian gagal dicapai selepas isteri beliau tidak bersetuju dengan perpindaha­n ke Asia.

Totti, yang membuat 58 penampilan antarabang­sa, juga dikaitkan dengan kelab divisyen dua di AS, Miami, yang dibimbing bekas rakan antarabang­sa, Alessandro Nesta.

Tetapi tarikan untuk terus kekal di Roma terlalu bagus untuk ditolak dengan Roma akan meneruskan usaha memburu kejuaraan Serie A Itali sejak Totti pernah membantu kelab muncul juara liga pada 2001.

“Kami bermula dari sifar. Saya perlu masa untuk menyesuaik­an diri dengan jawatan baharu,” tambah beliau.

Totti menjaringk­an gol ke-250 dan terakhir dalam liga untuk Roma pada bulan September lepas.

Beliau memiliki dua kejuaraan Copa Itali dan dipilih sebagai Pemain Terbaik Itali sebanyak dua kali dan juga pemenang kasut emas pada 2007. — AFP

Bahagian pertama kehidupan saya sebagai pemain bola sepak sudah berakhir dan sekarang satu lagi bahagian penting akan bermula. Francesco Totti Bekas pemain tengah AS Roma dan Itali

 ?? — Gambar Reuters ?? TOTTI (tengah) meraikan gol jaringanny­a bersama rakan sepasukan pada perlawanan Serie A Itali menentang Genoa di Stadium Olimpik, Rom dalam gambar fail bertarikh 12 Januari201­4.
— Gambar Reuters TOTTI (tengah) meraikan gol jaringanny­a bersama rakan sepasukan pada perlawanan Serie A Itali menentang Genoa di Stadium Olimpik, Rom dalam gambar fail bertarikh 12 Januari201­4.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia