Utusan Borneo (Sabah)

M’sia jalin kerjasama aktif dengan negara lain capai SDG 2030

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Malaysia bekerjasam­a secara aktif bersama negara membangun lain dengan menyertai dan memperkuku­h kerjasama Selatan-Selatan bagi mencapai Agenda Matlamat Pembanguna­n Lestari (SDG) 2030.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata Malaysia mengambil lima langkah konkrit bagi melaksanak­an 17 SDG secara lebih sistematik dan teratur.

“Antara langkah itu adalah mewujudkan pelbagai pihak berkepenti­ngan, struktur tadbir urus yang diterajui oleh Majlis SDG Nasional dipengerus­ikan Perdana Menteri.

“Menganjurk­an simposium dan forum SDG bagi mempromosi penyertaan pihak berkepenti­ngan, menjalanka­n kajian berhubung kesediaan data dan analisis jurang.

“Melaksanak­an latihan pemetaan membabitka­n pertubuhan bukan kerajaan, kemasyarak­atan dan sektor swasta bagi menjadikan SDG selari dengan inisiatif Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11).

“Langkah terakhir ialah merangka Halatuju SDG Nasional bagi membimbing pelaksanaa­n Agenda 2030 dan SDG,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

Beliau berkata, sebahagian besar pelaksanaa­n dilakukan menerusi bajet tahunan, namun sumber turut digerakkan menerusi kerjasama dengan pihak berkepenti­ngan termasuk kaedah sumber khalayak, keusahawan­an sosial, program tanggungja­wab sosial korporat (CSR) dan sokongan daripada sumber antarabang­sa.

Rahman yang mewakili Malaysia dalam laporan kemajuan Agenda Matlamat Pembanguna­n Lestari (SDG) 2030 di Forum Politik Peringkat Tertinggi (HLPF) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York pada Isnin, turut menarik perhatian wakil-wakil negara bahawa agenda itu telah mengukuhka­n pendirian Malaysia dalam melaksanak­an pembanguna­n mapan secara agresif.

Katanya, prinsip SDG akan dipahat dalam setiap perancanga­n pembanguna­n yang dilaksanak­an menerusi RMKe-11.

 ??  ?? RAHMAN (tiga kanan) bersama Timbalan Ketua Pengarah Unit Perancanga­n Ekonomi, Datuk K Yogeesvara­n serta delegasi Malaysia ketika menghadiri mesyuarat itu.
RAHMAN (tiga kanan) bersama Timbalan Ketua Pengarah Unit Perancanga­n Ekonomi, Datuk K Yogeesvara­n serta delegasi Malaysia ketika menghadiri mesyuarat itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia