Utusan Borneo (Sabah)

Pemandu maut, penumpang cedera dalam kemalangan

Kenderaan mangsa dikatakan memasuki laluan bertentang­an

- Oleh NURASYIKIN HAMZA (Pelatih UMS)

KOTA KINABALU: Seorang lelaki maut selepas kenderaan Perodua Myvi dipandunya terbabit kemalangan dengan Perodua Alza di Jalan Khidmat berhampira­n pasaraya Khidmat di sini pada Isnin.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Superinten­dan George Abd Rakman berkata mangsa dikenali sebagai Dato @ Oliver Bangau, 50, dari Penampang.

“Dalam kejadian kirakira jam 11.50 pagi, mangsa dikatakan dalam perjalanan dari Kelombong menuju Bukit Padang bersama kanak-kanak lelaki berumur 6 tahun.

“Mangsa kemudian dilanggar oleh pemandu Perodua Alza berumur 38 tahun yang datang dari arah Bukit Padang,” katanya.

George berkata, impak pelanggara­n terbabit menyebabka­n mangsa meninggal dunia serta merta di lokasi kejadian.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati pemandu terbabit mendakwa kenderaan mangsa tiba-tiba memasuki laluan bertentang­an dari arah hadapan.

“Ini menyebabka­n pemandu terbabit terpaksa menekan brek keretanya sehingga terbabas ke kanan jalan lalu melanggar kenderaan mangsa.

“Pemandu berkenaan hanya cedera ringan manakala penumpang Myvi terbabit patah bahu kanan dan gigi.

“Mangsa yang meninggal kemudian dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk dibedah siasat,” katanya.

Beliau juga meminta bantuan orang ramai bagi membantu siasatan kerana siasatan masih diteruskan.

“Orang ramai yang mengetahui dan menyaksika­n kemalangan itu berlaku boleh menghubung­i pegawai penyiasat trafik Inspektor Norkumala Osman di talian 0138834239.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987.

 ??  ??
 ??  ?? DATO@ OLIVER BANGAU
DATO@ OLIVER BANGAU
 ??  ?? ANGGOTA polis menjalanka­n siasatan di lokasi kejadian.
ANGGOTA polis menjalanka­n siasatan di lokasi kejadian.
 ??  ?? KERETA milik mangsa yang remuk.
KERETA milik mangsa yang remuk.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia