Utusan Borneo (Sabah)

Sitipah juara Sinding Rumamai, tewaskan lima finalis lain

Tewaskan lima finalis lain di pentas akhir

- Oleh ALEX DUIN

SITIPAH Jahamin dinobatkan sebagai juara pertanding­an nyanyian ‘Sinding Rumamai’ pada pertanding­an akhir di Rumamai Karaoke & Bar, Donggongon, pada Sabtu.

Dua lagu yang dipersemba­hkan iaitu ‘Jagalah Dia’ dan ‘Upus Tolidang’ ternyata berjaya memikat tiga juri yang terdiri daripada artis popular tempatan, S welly dan Keydeet Jake serta seorang wakil media, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM700.

Sementara itu, tempat kedua dengan hadiah wang tunai RM500 dirangkul Hendry Francis yang mempersemb­ahkan lagu ‘Kada Noh Umbal Gumuli id Doho’ serta ‘I Never Fall In Love Again’.

Spencer Julian pula sekadar berpuas hati di tempat ketiga menerusi dua lagu persembaha­nnya iaitu ‘Guminavo Zou Diau’ dan ‘Say Something’ seterusnya membawa pulang hadiah wang tunai RM300.

Dalam pada itu, Tiara Eden Charles ternyata berjaya mencuri tumpuan pengunjung yang hadir menerusi persembaha­n lagu ‘Darah Muda’ dan ‘Hurt’ di pentas final berkenaan.

Beliau kemudian dipilih sebagai peserta paling popular yang ditentukan menerusi undian pengunjung yang hadir, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM200.

Rayon Sitim yang mempersemb­ahkan lagu ‘Biar Saja’ serta ‘Langadku’ pula muncul pemenang persembaha­n terbaik yang menawarkan hadiah wang tunai RM100.

Terdahulu, hadiahhadi­ah kepada pemenang tempat pertama hingga ketiga disampaika­n Ketua Penerangan UPKO, Albert Bingkasan yang juga Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Sains, Teknologi & Inovasi Malaysia, Datuk Seri Panglima, Wilfred Madius Tangau.

Sementara itu, hadiah bagi pemenang peserta popular dan persembaha­n terbaik pula disampaika­n pengurus bersama Rumamai Karaoke & Bar, Nelvin Ebin serta Jack Junior Simon.

Terdahulu, Albert ketika berucap merasmikan pertanding­an akhir itu memuji usaha yang dilakukan Rumamai Karaoke & Bar dalam menganjurk­an program berkenaan. “Pertanding­an seperti ini dapat mencungkil bakat-bakat orang kita dalam bidang nyanyian di samping mengeratka­n silaturahi­m antara semua peserta dan pengunjung yang hadir,” katanya. Dalam pada itu, Nelvin dalam ucapannya mengucapka­n jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan Sinding Rumamai termasuk penjaja kami iaitu UPKO dan Conn Design Studio. “Kita akan memperbany­akkan lagi program-program hiburan seperti ini, mungkin pada masa akan datang kita buat sedikit kelainan, yang penting ia membuka ruang kepada mereka yang meminati seni nyanyian,” katanya. Selain persembaha­n para peserta, pentas akhir Sinding Rumamai turut diserikan lagi dengan persembaha­n S Welly serta Keydeet Jake yang menyampaik­an lagu popular masing-masing.

Kita akan memperbany­akkan lagi program-program hiburan seperti ini, mungkin pada masa akan datang kita buat sedikit kelainan, yang penting ia membuka ruang kepada mereka yang meminati seni nyanyian. NELVIN EBIN Pengurus bersama Rumamai Karaoke & Bar

 ??  ??
 ??  ?? TIARA JAKE turut membuat persembaha­n dengan lagu popular bveliau, Pangkaraan­ku Dirun dan Awas Itu Pancingan. ALBERT menyampaik­an hadiah kepada juara Sinding Rumamai, Sitipah. PENYANYI popular, S Welly turut tidak ketinggala­n menghiburk­an pengunjung...
TIARA JAKE turut membuat persembaha­n dengan lagu popular bveliau, Pangkaraan­ku Dirun dan Awas Itu Pancingan. ALBERT menyampaik­an hadiah kepada juara Sinding Rumamai, Sitipah. PENYANYI popular, S Welly turut tidak ketinggala­n menghiburk­an pengunjung...
 ??  ?? peserta final Sinding Rumamai merakamkan gambar kenangan bersama.
peserta final Sinding Rumamai merakamkan gambar kenangan bersama.
 ??  ?? NELVIN menyampaik­an hadiah kepada Tiara yang muncul pemenang peserta popular. (Kanan) Jack menyampaik­an hadiah persembaha­n terbaik kepada Rayon Sitim.
NELVIN menyampaik­an hadiah kepada Tiara yang muncul pemenang peserta popular. (Kanan) Jack menyampaik­an hadiah persembaha­n terbaik kepada Rayon Sitim.
 ??  ?? JUVIENA
JUVIENA
 ??  ?? HENDRY SITIPAH SPENCER PARA
HENDRY SITIPAH SPENCER PARA
 ??  ??
 ??  ?? RAYON
RAYON
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? ARTIS tempatan, Keydeet Jake (dua dari kanan) turut membuat pelancaran album beliau, Pangkaraan­ku Dirun sebelum final Sinding Rumamai bermula.
ARTIS tempatan, Keydeet Jake (dua dari kanan) turut membuat pelancaran album beliau, Pangkaraan­ku Dirun sebelum final Sinding Rumamai bermula.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia