Utusan Borneo (Sabah)

SMK Inanam diiktiraf semula sebagai Sekolah Tanpa Sampah

Sebagai Sekolah Tanpa Sampah, menjadikan 77 sekolah sekitar bandaraya dapat pengiktira­fan

-

KOTA KINABALU: Sekolah Menengah Kebangsaan Inanam diiktiraf semula sebagai Sekolah Tanpa Sampah.

Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) Datuk Yeo Boon Hai berkata sekolah itu turut menyertai kempen ‘Bawa Beg Bah’ untuk menyokong penguranga­n penggunaan plastik.

“Tahniah diucapkan kepada sekolah ini dengan yang dicapai itu. Pihak DBKK juga berbangga kerana mereka bukan sahaja menyahut cabaran untuk menyokong Kempen Anti Kutu Sampah tetapi juga berjaya mengekalka­n taraf Sekolah Tanpa Sampah.

“Kini, terdapat 77 sekolah di bawah perkadaran DBKK telah berjaya diiktiraf sebagai Sekolah Tanpa Sampah.

“Jumlah premis tanpa sampah pula kini telah mencecah 160 buah,” katanya pada Majlis Pengiktira­fan Semula SMK Inanam sebagai Sekolah Tanpa Sampah dan Penyertaan Kempen Bawa Beg Bah, di sini pagi Selasa.

Teks ucapannya disampaika­n oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) DBKK Noorliza Awang Alip.

Yeo berterima kasih kepada SMK Inanam kerana dapat mempraktik­kan amalan program pengasinga­n bahanbahan yang boleh dikitar semula sebagai tanda sokongan kepada Program 3R (Reduce, Reuse, Recycle).

Menurutnya, konsep S.A.C (Stop From Littering, Advice Those Who Litter, Collect When You See Rubbish) ditekankan dalam usaha menjadikan bandaraya ini bebas kutu sampah.

“Pengiktira­fan Sekolah Tanpa Sampah boleh ditarik balik serta merta sekiranya didapati terdapat sampah sarap pada merata tempat dalam persekitar­an sekolah.

“Saya meminta pihak sekolah agar pastikan kawasan sekitarnya bebas dari sampah pada setiap masa,” katanya.

Hadir sama di majlis itu ialah Pengetua Cemerlang SMK Inanam Mozidah Hamzah serta tetamu kehormat yang lain.

“Jumlah

premis tanpa sampah pula kini telah mencecah 160 buah. DATUK YEO BOON HAI Mayor DBKK

 ??  ?? NOORLIZA (tiga kiri) menyerahka­n sijil pengiktira­fan kepada Mozidah.
NOORLIZA (tiga kiri) menyerahka­n sijil pengiktira­fan kepada Mozidah.
 ??  ?? NOORLIZA (tujuh kiri), Mozidah (empat kanan) serta tetamu kehormat dan para pelajar sempena penyertaan Kempen ‘Bawa Beg Bah’.
NOORLIZA (tujuh kiri), Mozidah (empat kanan) serta tetamu kehormat dan para pelajar sempena penyertaan Kempen ‘Bawa Beg Bah’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia