Utusan Borneo (Sabah)

Penagih cedera terjun rumah, elak ditahan penguatkua­sa AADK

Elak ditahan penguatkua­sa AADK

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KUDAT: Seorang penagih mengalami kecederaan di bahagian badan semasa terjun dari rumahnya bagi mengelakka­n ditahan anggota penguatkua­sa dalam satu operasi di sini.

Pembantu Antidadah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kudat Siti Murni Mohd Ismail berkata suspek adalah salah seorang daripada 10 orang yang disyaki (OYDS) yang ditahan dalam operasi berkenaan.

Katanya Ops Cegah yang dilaksanak­an serentak bersama AADK Sabah dan Ranau dijalankan di daerah ini bermula jam 11 malam Isnin sehingga jam 4 pagi Selasa.

“Kita menjalanka­n operasi di beberapa lokasi yang dikenalpas­ti sebagai kawasan penagihan dadah di sini sebaik menjalanka­n penyiasata­n terperinci selain maklumat bantuan orang awam.

“Semasa operasi dijalankan, salah seorang OYDS bertindak terjun dari tingkat satu rumahnya bagi mengelak daripada ditahan anggota AADK.

“OYDS yang cedera akibat tindakan tidak rasionalny­a itu kemudian dihantar ke Hospital Kudat untuk rawatan selanjutny­a,” katanya.

Beliau berkata seramai 10 OYDS yang berjaya ditahan anggota penguatkua­sa AADK dan hasil ujian air kencing mendapati kesemua OYDS adalah positif dadah jenis syabu.

“Air kencing OYDS kemudianny­a dihantar ke Makmal Dadah Kota Kinabalu untuk pengesahan dan tindakan selanjutny­a,” katanya.

“Kita

menjalanka­n operasi di beberapa lokasi yang dikenalpas­ti sebagai kawasan penagihan dadah di sini sebaik menjalanka­n penyiasata­n terperinci selain maklumat bantuan orang awam. SITI MURNI MOHD ISMAIL Pembantu Antidadah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kudat

 ??  ??
 ??  ?? ANGGOTA AADK membawa salah seorang OYDS ke dalam van selepas dipercayai terlibat dalam penagihan dadah.
ANGGOTA AADK membawa salah seorang OYDS ke dalam van selepas dipercayai terlibat dalam penagihan dadah.
 ??  ?? OYDS diarahkan untuk menjalani ujian air kencing.
(gambar kanan) OYDS yang mengalami kecederaan selepas terjun dari tingkat satu rumahnya.
OYDS diarahkan untuk menjalani ujian air kencing. (gambar kanan) OYDS yang mengalami kecederaan selepas terjun dari tingkat satu rumahnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia