Utusan Borneo (Sabah)

Penjawat awam perlu responsif dan kreatif

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

KOTA KINABALU: Penjawat awam di negeri ini disaran supaya mengadapta­si teknologi terkini bagi meningkatk­an produktivi­ti dan sistem penyampaia­n kerajaan.

Menteri Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Datuk Siringan Gubat berkata anggota perkhidmat­an awam perlu lebih responsif dan kreatif serta bersedia melaksana pendekatan sistem penyampaia­n yang lebih inovatif.

Ia bagi memastikan anggota perkhidmat­an awam mampu memenuhi kehendak dan ekspektasi rakyat yang semakin meningkat terutama dalam kalangan generasi Y dan Z.

Beliau berkata penjawat awam perlu bergerak seiring dengan perkembang­an teknologi supaya perkhidmat­an diberi terus relevan kerana suatu hari nanti, perkhidmat­an akan diberi secara automatik terus kepada rakyat.

“Kini kita berada diambang revolusi industri keempat atau Industry 4.0 di mana percambaha­n kuasa digital siber dan persekitar­an serta benda fizikal mula berlaku. Teknologi seperti Internetof-Things, Big Data Analytics, Cloud Computing dan Mobile

Internet antara teknologi yang perlu dikuasai pada masa ini.

“Dengan penggunaan internet tanpa sempadan memerlukan sistem penyampaia­n perkhidmat­an itu boleh dicapai tidak kira bila dan di mana pelanggan berada.

“Keberhasil­an teknologi bergantung kepada perubahan pemikiran dan penerimaan anggota perkhidmat­an awam. Kita yakin generasi muda jika dibimbing dengan betul, mereka akan menjadi pemacu utama dalam arus pembanguna­n berasaskan Industry 4.0 ini,” katanya ketika berucap merasmikan Persidanga­n Ketua-Ketua Pegawai Maklumat (CIO) Agensi Kerajaan Negeri Sabah 2017, di sini pada Selasa.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perkhidmat­an Komputer Negeri Dr Mingu Jumaan berkata, untuk memastikan penjawat awam mampu bergerak seiring dengan perkembang­an teknologi yang pantas ini, perubahan minda terhadap persekitar­an kerja perlu dilakukan.

Penjawat awam perlu ingat, perkhidmat­an masa kini bukan bergantung sepenuhnya kepada perkhidmat­an berbentuk fizikal sebaliknya, ia memerlukan mereka mempunyai pengetahua­n tentang teknologi maklumat supaya perkhidmat­an kerajaan boleh dicapai tidak kira di mana juga mereka berada.

Ditanya mengenai tahap persediaan CIO untuk mentransfo­rmasikan perkhidmat­an kerajaan kepada khidmat digital, Mingu berkata CIO memang bersedia 100 peratus namun, pengetahua­n mereka perlu dipertingk­atkan seiring dengan perubahan teknologi yang terlalu pantas.

Untuk Sabah, permohonan biasiswa negeri mula beralih secara online. Berkemungk­inan pada masa akan datang, permohonan itu tidak lagi memerlukan pelanggan datang ke pejabat mengambil borang. Mengenai serangan virus

ransomware yang berlaku di seluruh dunia pada bulan lalu, Mingu berkata setakat ini tiada aduan diterima daripada mana-mana jabatan tentang sistem mereka terjejas oleh serangan virus itu.

Biarpun cubaan menggodam sistem data kerajaan berlaku namun, ia tidak berjaya menembusi sistem yang ada. Ia berkat usaha Kerajaan Negeri menubuhkan pusat keselamata­n bagi memantau serangan penggodam dan virus dari luar.

“Bagi Kerajaan Negeri, aspek keselamata­n untuk melindungi data-data kita sentiasa menjadi keutamaan. Atas sebab itu, kita sentiasa memperting­katkan tahap keselamata­n sistem data kita dari masa ke semasa,” jelasnya.

Persidanga­n yang dihadiri lebih 200 CIO itu menyaksika­n 11 kertas kerja dibentangk­an.

 ??  ?? SIRINGAN (tiga kiri) melawat salah sebuah gerai yang mengadakan pameran sempena persidanga­n CIO itu.
SIRINGAN (tiga kiri) melawat salah sebuah gerai yang mengadakan pameran sempena persidanga­n CIO itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia