Utusan Borneo (Sabah)

SMK Lajau catat sejarah tersendiri

-

LABUAN: SMK Lajau mencatat sejarah tersendiri apabila meraih tempat ketiga bersama Johor di Pertanding­an Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Antara Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan 2017.

Sekolah itu diwakili Nur saf ia h Lali m, T has m awat y Aripin, Irham Zulhilmi Mohd Johan, Nur Alia Fathihah Ryzisyaini dan Nurul Fatin Nazeera Qaber yang kesemuanya pelajar Tingkatan Lima Amanah menerima RM250 dan trofi serta sijil.

Pertanding­an anjuran Kementeria­n Pendidikan Malaysia itu diadakan di Kuala Terengganu, Terengganu pada 13-16 Julai.

SMK Lajau yang mewakili Wilayah Persekutua­n Labuan dibimbing Muhd Hisyam Assim menewaskan Melaka di Pusingan Awal 1 dan Sabah di Pusingan Awal 2.

Di peringkat suku akhir, SMK Lajau mengatasi cabaran Kelantan dengan keputusan 5-0.

Bagaimanap­un, hasrat pasukan itu untuk mara ke pentas akhir disekat oleh pasukan Selangor di pusingan separuh akhir.

Selangor yang muncul juara pertanding­an itu turut memenangi anugerah Pembahas Terbaik. Naib johan dimenangi Sarawak.

Sementara itu, ketibaan pasukan pembahas itu disambut penuh meriah di Lapangan Terbang Labuan pagi Isnin.

Turut menyambut pasukan itu ialah Ketua Sektor Pengurusan Pembanguna­n Kemanusiaa­n Hasbullah Amit yang mewakili Pengarah Jabatan Pendidikan Labuan Raisin Saidin dan Pengetua SMK Lajau Yusup Mohamad.

Sambutan meriah diteruskan di perkaranga­n sekolah sekaligus menaikkan semangat pelajar lain untuk turut meraih kejayaan di bidang akademik dan kokurikulu­m sama ada di peringkat negeri, kebangsaan mahupun antarabang­sa.

Yusup mengucapka­n tahniah dan terima kasih kepada semua peserta bahas dan guru yang membimbing pelajar berkenaan.

“Kejayaan mereka bukan sahaja telah mengharumk­an nama SMK Lajau tetapi juga Wilayah Persekutua­n Labuan,” katanya.

 ??  ?? PEMBAHAS Bahasa Melayu Ala Parlimen SMK Lajau disambut Hasbullah (empat kanan) dan Yusup (enam kiri) di Lapangan Terbang Labuan.
PEMBAHAS Bahasa Melayu Ala Parlimen SMK Lajau disambut Hasbullah (empat kanan) dan Yusup (enam kiri) di Lapangan Terbang Labuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia