Utusan Borneo (Sabah)

Erat silaturahi­m, kukuh kerjasama

Sambutan Aidilfitri warga Wisma Dang Bandang

-

W

ARGA Wisma Dang Bandang, Kota Kinabalu, mengeratka­n hubungan silaturahi­m dan mengukuhka­n semangat kerjasama melalui penganjura­n Majlis Silaturahi­m Aidilfitri di perkaranga­n wisma berkenaan pada Selasa.

Jabatan yang terdapat di wisma itu adalah Jabatan Penerangan (Japen) Sabah, Jabatan Metereolog­i, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Jabatan Perangkaan, Jabatan Imigresen dan Agensi Antidadah Kebangsaan Sabah (AADK) yang bersama-sama menjayakan majlis itu.

Pengarah Yayasan Sabah Datuk Sapawi Ahmad berkata majlis seumpama itu mampu mengeratka­n silaturahi­m dan semangat kerjasama terutamany­a semangat kekitaan, bekerja dalam satu pasukan dan semangat setiakawan dalam membangunk­an negara.

“Semangat ini adalah satu ikatan yang mampu memperkuku­hkan lagi jentera dengan lebih kuat kerana dapat meningkatk­an jalinan kemesraan serta ikatan yang seterusnya akan memberi suntikan untuk memastikan bahawa agensi yang digerakkan ini adalah milik bersama dan menjadi tulang belakang, tonggak kepada kekuatan negeri dan negara.

“Maka tanggungja­wab itu bukan sahaja dari atas tetapi daripada orang bawahan, ini akan dapat dilakukan melalui semarak Hari Raya yang dianjurkan hari ini dan dengan adanya persaingan seperti hari ini pun sebenarnya satu resepi kekuatan untuk menjayakan apa juga rintangan dan cabaran melalui agensi yang diletakkan sebagai kekuatan negara pada hari ini,” katanya.

Sapawi yang juga Exco Penerangan Negeri Sabah berharap Japen akan dapat berfungsi dengan lebih cekap, bergerak dengan lebih tersusun dan mantap dalam menangani isuisu yang telah berlaku serta memastikan saluran maklumat dapat dirasai oleh rakyat di seluruh peringkat.

Sementara itu, Pengerusi Wisma Dang Badang yang juga Pengarah Penerangan Sabah Suwadi Guliling merakamkan penghargaa­n kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis berkenaan.

“Tahniah dan syabas kepada di atas komitmen yang mantap oleh semua pihak yang terlibat terutamany­a staf-staf bahagian yang sanggup turun padang membawa juadah bagi majlis hari ini dan berdasarka­n komitmen ini, majlis seumpamany­a akan diteruskan lagi pada setiap tahun.

“Bagaimanap­un, lokasinya mungkin akan ditukar untuk tujuan melibatkan lebih ramai kumpulan sasar, pemimpin dan juga orang ramai agar kesannya akan dapat diperluask­an lagi,” katanya.

Majlis itu dimeriahka­n dengan persembaha­n artis Pentarama dan lima pertanding­an dilaksanak­an sepanjang majlis iaitu, Gerai Terbaik dimenangi oleh Japen Bahagian Pantai Barat Utara; Gerai Paling Ceria dimenangi Japen Bahagian Pendalaman Bawah; Gerai Paling Kreatif dimenangi Jabatan Meterologi; Maskulin Lelaki dimenangi oleh Pejabat Penerangan Daerah Kinabatang­an; dan Farhana Atiqah @Ivy Murondok dipilih sebagai pemenang pakaian Anggun Raya.

Turut hadir menyerikan majlis adalah Setiausaha Persekutua­n Sabah Datuk Nor Rizan Mohd Thani, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Yeo Boon Hai serta hampir 500 warga Wisma Dang Badang dan rakan-rakan strategik Japen Sabah seperti pesara Japen Sabah dan Kelab Komuniti 1Malaysia, Sabah.

 ??  ??
 ??  ?? (Gambar atas) SAPAWI (dua kiri) berbual mesra dengan Suwadi (tengah) sambil diperhatik­an oleh Pengarah Meteorolog­i Sabah Haji Azemi Daud (dua kanan). (Gambar kiri) PENGARAH Meteorolog­i Sabah Haji Azemi Daud (depan, dua kanan) menerima hadiah daripada Nor Rizan setelah diumumkan sebagai pemenang Gerai Paling Kreatif.
(Gambar atas) SAPAWI (dua kiri) berbual mesra dengan Suwadi (tengah) sambil diperhatik­an oleh Pengarah Meteorolog­i Sabah Haji Azemi Daud (dua kanan). (Gambar kiri) PENGARAH Meteorolog­i Sabah Haji Azemi Daud (depan, dua kanan) menerima hadiah daripada Nor Rizan setelah diumumkan sebagai pemenang Gerai Paling Kreatif.
 ??  ?? STAF Bahagian Khidmat Pengurusan Kewangan Japen Sabah bergambar kenangan bersama Timbalan Pengarah Japen Sabah Supian Musa (sepuluh kanan).
STAF Bahagian Khidmat Pengurusan Kewangan Japen Sabah bergambar kenangan bersama Timbalan Pengarah Japen Sabah Supian Musa (sepuluh kanan).
 ??  ?? STAF Japen Bahagian Pantai Barat Utara bergambar di hadapan gerai mereka yang dinobatkan sebagai Gerai Terbaik.
STAF Japen Bahagian Pantai Barat Utara bergambar di hadapan gerai mereka yang dinobatkan sebagai Gerai Terbaik.
 ??  ?? ANTARA tetamu yang hadir di majlis pagi Selasa.
ANTARA tetamu yang hadir di majlis pagi Selasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia