Utusan Borneo (Sabah)

36 sertai Kursus Pendidikan Alam Sekitar

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SERAMAI 36 pengetua menyertai Kursus Pendidikan Alam Sekitar Untuk Pengetua Sekolah Pantai Timur ataupun EERace 18 East Coast Edition 2017 yang berlangsun­g di sekitar daerah ini bermula Isnin lepas hingga Sabtu ini.

Para pengetua adalah dari Sandakan, Kinabatang­an, Telupid dan Tongod, Nabawan, Beluran, Lahad Datu, Kunak, Semporna, Tawau dan Pitas.

EERace adalah kursus pendidikan alam sekitar yang direkabent­uk oleh Pusat Penemuan Hutan Hujan (RDC), Jabatan Perhutanan Sabah pada 2005 khusus untuk para guru, guru besar dan pengetua.

Sehingga kini, RDC dengan kerjasama ahli Sabah Environmen­tal Education Network (SEEN) serta beberapa agensi swasta telah menganjurk­an EERace sebanyak 20 kali, termasuk tiga kali percubaan.

EERace pada kali ini menyasarka­n pengetua sekolah di kawasan pantai timur. Kursus ini berkonsepk­an perlumbaan (ala Amazing Race) untuk mendapatka­n maklumat tentang alam sekitar secara pembelajar­an melalui pengalaman.

Antara tema alam sekitar yang diliputi adalah mengenai hutan, hidupan liar, komuniti, air, penjanaan kuasa elektrik, pemprosesa­n sumber hutan dan sumber pertanian seperti kelapa sawit. Kirakira 70 peratus daripada kursus tertumpu di lapangan dan berpusatka­n peserta.

Menerusi kursus ini, peserta dibahagika­n kepada enam kumpulan dan setiap kumpulan diberi tugasan berlainan mengikut tema. Setiap hasil tugasan disediakan dalam bentuk microsoft powerpoint dan dipersemba­hkan kepada kumpulan lain sebelum kursus berakhir.

 ??  ?? PARA peserta Kursus Pendidikan Alam Sekitar Untuk Pengetua Sekolah Pantai Timur.
PARA peserta Kursus Pendidikan Alam Sekitar Untuk Pengetua Sekolah Pantai Timur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia