Utusan Borneo (Sabah)

Rumah terbuka lambang keharmonia­n, sambutan Hari Raya Aidilfitri di Keningau dan Tenom

Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Keningau dan Tenom

- Oleh JOHAN AZIZ

KENINGAU: Majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri di Keningau dan Tenom disambut dengan penuh harmoni dan mendapat tempat di hati rakyat pelbagai kaum dan agama di keduadua daerah berkenaan.

Sambutan yang begitu meriah dianjurkan oleh individu, agensi kerajaan, sekolah-sekolah dan juga badan-badan politik kerajaan.

Di Keningau, Fama Keningau telah menganjurk­an majlis seumpama itu di Pasar Tani di sini pada Isnin dan dihadiri lebih 1,000 masyarakat tani serta orang ramai di daerah ini.

Majlis itu turut dihadiri oleh Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan merangkap Adun Liawan Datuk Haji Sairin Karno, ketua-ketua jabatan kerajaan negeri dan Persekutua­n, pegawai Fama serta pemimpin masyarakat.

Sementara itu, Sekolah Menengah Kebangsaan Bingkor turut mengadakan sambutan Hari Raya Aidilfitri, Hari Keluarga dan Hari Guru di sekolah itu.

Majlis itu turut dihadiri oleh para guru, pelajar, bekas pelajar dan ibu bapa.

Majlis yang dihadiri oleh Pengetua Kinit Tagok itu telah dirasmikan oleh Ketua Penerangan Umno Keningau dan Pengerusi Felvra Plantation Services Sdn Bhd Azman Haji Ruslan.

Dalam ucapannya, Azman menekankan nilai kerjasama dan bersatupad­u dalam komuniti setempat yang berkait rapat dengan warga sekolah.

Katanya, pemerkasaa­n peranan para alumni atau persatuan bekas pelajar sekolah adalah amat penting untuk menyumbang idea dan material dalam memajukan sekolah itu.

Di Kampung Keningau, Haji Zulkiflee Awang Lahap bersama isterinya Mimie Jasin telah mengadakan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri di kediaman mereka.

Majlis itu juga adalah perkumpula­n bersama-sama keluarga dari menantunya, Fahrin Ma Abdullah.

Anak perempuan Zulkiflee, Noor Fazlynda telah berkahwin dengan anak lelaki Kapitan Peter Ma, Fahrin Ma.

Peter bersama isterinya Fong Sui Hing serta anakanak dan cucu merasa teruja dengan perhimpuna­n keluarga melalui sambutan Hari Raya yang diadakan di kediaman besannya, Zulkiflee.

Beliau menyifatka­n majlis itu dapat merapatkan lagi tali silaturrah­im dan semangat persaudara­an yang jitu walaupun berlainan bangsa dan agama.

“Apa yang penting, kehidupan kita sentiasa diberikan keberkatan dan dapat mengukuhka­n lagi semangat perpaduan, muhibbah dan kesejahter­aan tanpa mengira kaum dan agama,” katanya.

Sementara itu, di Tenom, majlis-majlis rumah terbuka perayaan oleh berbagai anutan agama, termasuk majlis rumah terbuka Hari Raya yang dihadiri sanak saudara disifatkan dapat mengeratka­n silaturahi­m institusi kekeluarga­an dengan lebih dekat.

Ia dinyatakan oleh Ketua Daerah OKK David Jani semasa menghadiri Rumah Terbuka Hari Raya Jururawat Kesihatan Faridah Asri di kediamanny­a di Kampung Pantongan Sapong dan kediaman keluarga allahyarha­m Haji Rithauddin Ginandah di Kampung Batu-Batu Saga.

Beliau berkata jika dihayati, majlis itu dapat melahirkan kemesraan yang sebenarnya dalam kalangan ahli keluarga, saudara mara dan juga rakanrakan.

“Di samping merayakan Hari Raya, kita dapat mengeratka­n semangat kekitaan, setiakawan, perpaduan dan toleransi bersama-sama masyarakat setempat walaupun kita terdiri berbagai budaya dan kepercayaa­n,” katanya.

 ??  ?? AZMAN (enam kanan) bersama Kinit (empat kanan), guru-guru dan tetamu lain pada majlis yang diadakan di SMK Bingkor.
AZMAN (enam kanan) bersama Kinit (empat kanan), guru-guru dan tetamu lain pada majlis yang diadakan di SMK Bingkor.
 ??  ?? AHLI keluarga allahyarha­m Rithauddin bersama David (duduk, empat kanan) di Kampung Batu-Batu Saga, Tenom.
AHLI keluarga allahyarha­m Rithauddin bersama David (duduk, empat kanan) di Kampung Batu-Batu Saga, Tenom.
 ??  ?? SAIRIN (berkopiah) bersama pegawai kerajaan dan Fama pada Majlis Rumah Terbuka Raya Fama di Keningau.
SAIRIN (berkopiah) bersama pegawai kerajaan dan Fama pada Majlis Rumah Terbuka Raya Fama di Keningau.
 ??  ?? DAVID (duduk, dua kanan) bersama ahli keluarga, Faridah dan penduduk di Kg Pantongan Sapong, Tenom.
DAVID (duduk, dua kanan) bersama ahli keluarga, Faridah dan penduduk di Kg Pantongan Sapong, Tenom.
 ??  ?? ZULKIFLEE (bersongkok) dan Mimie serta ahli keluargany­a bergambar kenangan dengan ahli keluarga Peter dan Fong.
ZULKIFLEE (bersongkok) dan Mimie serta ahli keluargany­a bergambar kenangan dengan ahli keluarga Peter dan Fong.
 ??  ?? KINIT menyampaik­an cendera kenangan kepada Azman.
KINIT menyampaik­an cendera kenangan kepada Azman.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia