Utusan Borneo (Sabah)

Penduduk mohon sistem perparitan diperbaiki

- Oleh JAINUDIN NASIR

KUNDASANG: Penduduk di Kampung Muhibbah di sini memohon supaya kerajaan membaiki sistem perparitan beberapa anak sungai berdekatan perumahan mereka untuk dialirkan ke Sungai Liwagu.

Seorang penduduk, Hasniza Sutin, 36, berkata mereka tidak dapat tidur lena kerana masih dihantui ancaman tanah runtuh sejak kejadian gempa bumi yang lalu.

Katanya, sistem perparitan kawasan perumahan mereka yang terletak kira-kira setengah kilometer dari Pekan Kundasang belum dinaiktara­f terutama perparitan kawasan perkampung­an berhampira­n Sungai Liwagu.

“Perkara yang membimbang­kan kami sekarang ialah berlaku tanah runtuh di kawasan perkampung­an yang kini semakin bertambah teruk,” katanya.

Tinjauan ke Kampung Muhibbah mendapati puluhan rumah kediaman termasuk beberapa Inap Desa diancam tanah runtuh dan gelinciran tanah pada bila-bila masa.

Ia kerana, kawasan perumahan dan rumah kediaman didapati banyak tanda rekahan tanah yang bakal membahayak­an para penghuni terutama ketika musim hujan.

Hasniza mewakili penduduk Kg Muibbah merayu kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) atau Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi membina parit konkrit untuk menahan berlaku gelinciran tanah di sepanjang anak sungai berhampira­n Sungai Liwagu.

“Sudah puluhan tahun kami tinggal di sini... tiada tempat lain untuk berpindah. Justeru, kami merayu kepada kerajaan supaya membaiki sistem perparitan berhampira­n kampung kami demi keselamata­n nyawa serta harta benda penduduk,” katanya.

 ??  ?? ANAK sungai seperti ini memerlukan parit konkrit bagi menahan hakisan tanah.
ANAK sungai seperti ini memerlukan parit konkrit bagi menahan hakisan tanah.
 ??  ?? LAGI rekahan tanah berhampira­n perumahan.
LAGI rekahan tanah berhampira­n perumahan.
 ??  ?? ANTARA rumah kediaman yang terdedah kepada gelinciran tanah.
ANTARA rumah kediaman yang terdedah kepada gelinciran tanah.
 ??  ?? SEBAHAGIAN rekahan tanah di halaman rumah kediaman Hasniza.
SEBAHAGIAN rekahan tanah di halaman rumah kediaman Hasniza.
 ??  ?? HASNIZA SUTIN
HASNIZA SUTIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia