Utusan Borneo (Sabah)

My Edu Community bantu promosi MRSM

48 murid SK Tambatuon berpeluang timba pengalaman

-

S

ERAMAI 48 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Tombotuan Kota Belud berpeluang menimba pengalaman dengan mengikuti Program My Edu Community pada Sabtu.

Program berbentuk inovasi sosial itu dianjurkan oleh Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kota Kinabalu.

Penyelaras program Mc Manus Sing berkata, program itu juga mempromosi­kan MRSM sebagai alternatif lain dalam melanjutka­n pelajaran ke peringkat sekolah menengah.

“Dengan adanya program ini, maklumat yang tepat dapat disampaika­n kepada masyarakat serta pelajar tentang sistem pembelajar­an di MRSM.

“MRSM kini mahu menarik minat lebih ramai pelajar cemerlang luar bandar untuk menempatka­n diri belajar di MRSM.

“Ia sesuai dengan kehendak Mara yang mahu membantu masyarakat di luar bandar,” katanya.

Menurutnya, banyak kebaikan yang diperolehi oleh pelajar di MRSM. Antaranya kemudahan bantuan kewangan serta potensi melanjutka­n pelajaran ke menara gading.

Selain itu katanya, pelajar MRSM juga berpeluang melanjutka­n pengajian ke universiti di luar negara selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Sepanjang program ini, beberapa aktiviti dijalankan termasukla­h membuat roket, aktiviti uji minda matematik dan aktiviti ‘Scavenger Hunt’ bagi bahasa Inggeris.

“Aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh guru dan pelajar lebih memfokuska­n kepada menarik minat pelajar dalam bidang sains dan matematik.

“Ini kerana, syarat utama pelajar yang ingin belajar di MRSM Kota Kinabalu perlulah meminati bidang sains dan matematik serta mendapat keputusan A dalam subjek berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, selain aktiviti pelajar, ibu bapa turut terlibat dalam program ini menerusi sesi khas bersama kaunselor MRSM Kota Kinabalu Jolifuliza­n Jais.

Dalam sesi berkenaan jelasnya, kaunselor menyampaik­an ceramah bertajuk Teknik Mendidik Anak Cemerlang.

Majlis penutupan Program My Edu Community dirasmikan oleh Setiausaha Politik kepada Timbalan Ketua Menteri Ewon Benedick.

Turut hadir, Pengetua MRSM Kota Kinabalu Gilbert Wong Kia Kiat dan Guru Besar SK Tambotuon Phius Bubudan.

Pada majlis itu turut diadakan simbolik pelantikan SK Tombotuan sebagai sekolah angkat MRSM Kota Kinabalu.

Dengan adanya program ini, maklumat yang tepat dapat disampaika­n kepada masyarakat serta pelajar tentang sistem pembelajar­an di MRSM. MC MANUS SING Penyelaras program

 ??  ?? PENERIMA bantuan beg sekolah bergambar bersama tetamu jemputan.
PENERIMA bantuan beg sekolah bergambar bersama tetamu jemputan.
 ??  ?? GILBERT (kiri) bersama Phius (kanan) menunjukka­n watikah pelantikan SK Tambatuon sebagai sekolah angkat MRSM Kota Kinabalu. Turut kelihatan Ewon (tengah).
GILBERT (kiri) bersama Phius (kanan) menunjukka­n watikah pelantikan SK Tambatuon sebagai sekolah angkat MRSM Kota Kinabalu. Turut kelihatan Ewon (tengah).
 ??  ?? PARA peserta program dan ibu bapa yang hadir merakamkan kenangan bersama pada majlis itu.
PARA peserta program dan ibu bapa yang hadir merakamkan kenangan bersama pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia