Utusan Borneo (Sabah)

Mara komited bantu pelajar kurang berkemampu­an

-

MAJLIS Amanah Rakyat (Mara) terus komited membantu masyarakat bumiputera khususnya golongan kurang berkemampu­an di negeri ini.

Pengerusi Sementara Mara Datuk Dr. Yusof Yacob berkata, pelbagai program dan inisiatif dirancang bagi menghasilk­an kualiti pendidikan yang bermutu tinggi.

Katanya, usaha yang dilaksanak­an bermula dari peringkat sekolah menengah hingga ke universiti banyak membantu golongan berkenaan sehingga melahirkan pelajar yang cemerlang dalam pelbagai bidang.

“Pewujudan institusi seperti Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) adalah bukti kerajaan komited dalam meningkatk­an martabat masyarakat menerusi bidang pendidikan.

“MRSM Kota Kinabalu sejak diwujudkan kirakira 15 tahun lalu berjaya melahirkan ramai pelajar cemerlang termasuk tenaga mahir seperti doktor dan jurutera.

“Selain itu, MRSM melahirkan ramai usahawan berjaya, buktinya, salah seorang alumni MRSM Kota Kinabalu adalah pengasas kepada Kak Kiah Cake House,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena sambutan Aidilfitri bersama kakitangan dan tenaga pengajar MRSM Kota Kinabalu baru-baru ini.

Sementara itu, Pengetua MRSM Kota Kinabalu Gilbert Wong Kia Kiat berkata, Mara menyediaka­n ruang yang luas kepada pelajar bumiputera bagi mendapatka­n peluang pendidikan yang berkualiti.

“Sehubungan itu, pelajar-pelajar yang cemerlang namun kurang berkemampu­an tidak perlu risau untuk melanjutka­n pelajaran di MRSM.

“Ini kerana Mara menyediaka­n pelbagai bantuan seperti program tajaan Budi Mara.

“Menerusi program berkenaan, pelajar yang datang dari keluarga kurang berkemampu­an akan diberi bantuan secukupnya seperti pakaian persekolah­an, alat tulis, dan wang saku,” jelasnya.

Beliau berkata, MRSM juga menyediaka­n kemudahan pembelajar­an seperti keadaan asrama serta kelas yang sentiasa dijaga dan dilengkapi dengan kemudahan terkini.

Katanya, tenaga pengajar di MRSM juga sentiasa didedahkan dengan konsep serta kaedah pembelajar­an yang moden dan terkini.

Gilbert berkata, dengan adanya semua program dan kemudahan yang ditawarkan, pihaknya berharap para pelajar dapat memanfaatk­an kemudahan berkenaan dengan sebaiknya.

Menurutnya, hanya kecemerlan­gan dalam akademik saja yang mampu menjanjika­n masa depan lebih baik.

Terdahulu pada majlis itu, Yusof menyampaik­an bantuan berupa beg persekolah­an dan alat tulis yang disumbangk­an Yayasan Pelajaran Mara kepada sekolah angkat MRSM Kota Kinabalu.

Selain itu, Yusof turut menyampaik­an watikah kepada 50 pelajar MRSM Kota Kinabalu yang mendapat tajaan program Budi Petronas.

 ??  ?? YUSOF (dua kiri) menyampaik­an bantuan Gilbert (kanan) untuk diberikan kepada sekolah angkat MRSM Kota Kinabalu.
YUSOF (dua kiri) menyampaik­an bantuan Gilbert (kanan) untuk diberikan kepada sekolah angkat MRSM Kota Kinabalu.
 ??  ?? WARGA MRSM Kota Kinabalu merakamkan gambar kenangan bersama Yusof sempena majlis itu.
WARGA MRSM Kota Kinabalu merakamkan gambar kenangan bersama Yusof sempena majlis itu.
 ??  ?? PENYERAHAN watikah kepada salah seorang pelajar MRSM Kota Kinabalu yang terpilih mendapat tajaan Budi Petronas.
PENYERAHAN watikah kepada salah seorang pelajar MRSM Kota Kinabalu yang terpilih mendapat tajaan Budi Petronas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia