Utusan Borneo (Sabah)

‘Merantai kasih lebaran’

Pelajar KVL rai anak yatim di Ranau

-

B

AHAGIAN Pengurusan Asrama di bawah Kolej Vokasional Labuan (KVL) telah menganjurk­an program meraikan anakanak yatim dan asnaf di Rumah Anak-anak Yatim dan Asnaf Kampung Langsat, Ranau sebagai salah satu program bakti siswa tahunan.

Seramai 60 pelajar asrama, guru dan staf telah melibatkan diri dalam program kemasyarak­atan itu.

Matlamat program adalah untuk mendedahka­n diri pelajar dengan aktiviti kemasyarak­atan dan mewujudkan hubungan silaturrah­im dengan masyarakat luar serta meningkatk­an nilai kemanusiaa­n sejagat dalam diri setiap pelajar yang terlibat.

Program anjuran Exco Asrama KVL itu telah dirasmikan oleh wakil Menteri Pelanconga­n dan Kebudayaan Negeri Sabah, Datuk Haji Jaimin Samitah.

Antara yang hadir adalah Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Teknologi dan Vokasional (BPTV) Hajah Sarinah Mohd Sari, Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persektuan Labuan Raisin Saidin, Pengarah KV Labuan Hajah Siti Muslihah Leeudin dan Pemegang Amanah Rumah Anak-anak Yatim dan Asnaf Jauteh Dikun.

Pengarah Program Noor Haiza Hassan, pensyarah dan juga warden di KV Labuan, merupakan orang penting dalam menjayakan program itu dan turut dibantu oleh Slyvester Binson sebagai penasihat program.

Selain itu, program itu turut mendapat kerjasama pihak tentera dari Kem Tentera Lok Kawi yang diketuai oleh Pegawai Memerintah 71 Workshop Div Lt Kol Roslan Saad.

Noor Haiza berkata program yang bertemakan ‘Kasih Terjalin, Ukhuwah Terbina’ itu telah memberi pengalaman terbaik dalam hidupnya apabila dapat melihat senyuman dan kegembiraa­n anak-anak yatim di Rumah Anakanak Yatim dan Asnaf, Kg Langsat.

Program itu dijalankan secara berperingk­at iaitu melibatkan dua fasa utama yang mana fasa pertama memberi fokus kepada penyelengg­araan keperluan rumah anak-anak yatim dan asnaf berkenaan.

“Manakala, fasa kedua pula merupakan fasa meraikan anak-anak yatim dan menyerahka­n sumbangan orang ramai yang telah dikumpul sejak awal bulan Ramadan yang lalu,” katanya.

Katanya, proses penyelengg­araan keperluan di rumah anak yatim telah dijayakan oleh pelajar dan pensyarah-pensyarah yang berkemahir­an dari KVL sendiri.

Kemahiran yang dimiliki oleh para pelajar dan pensyarah KVL itu dilihat sebagai satu bonus kejayaan untuk mereka menyumbang tenaga dan kemahiran bukan sahaja di peringkat pendidikan bahkan kepada masyarakat dan negara.

Wakil Menteri Pelanconga­n dan Kebudayaan Negeri Sabah mengucapka­n terima kasih bagi pihak rumah anakanak yatim dan penduduk Kg Langsat.

Beliau berharap agar lebih ramai lagi pihak yang tampil memberi sumbangan dalam membantu anak-anak yatim berkenaan menikmati kehidupan yang selesa.

Bagi Sarinah, perjalanan jauh untuk memenuhi jemputan dari KVL merupakan sesuatu yang tidak dapat dilupakan apabila melihat kejayaan hasil daripada usaha pelajar kolej menyelengg­ara kemudahan di rumah anakanak yatim itu berbekalka­n kemahiran yang telah ditimba.

Sementara itu, Siti Muslihah berharap program seperti itu dapat diteruskan untuk tahun-tahun yang akan datang.

Beliau juga melahirkan rasa bangga terhadap hasil tenaga kerja yang telah ditunjukka­n oleh semua warga KVL.

“Kejayaan itu adalah kejayaan bersama dan bonus untuk meletakkan nama KVL sebagai sebuah institusi pendidikan berkemahir­an tinggi khususnya dalam melahirkan graduan yang berkemahir­an dalam dunia pekerjaan kelak,”katanya.

Dalam pada itu juga, hasil daripada kejayaan itu bukan sahaja memberikan kebanggaan kepada seluruh warga KVL bahkan akan dapat membuka mata pihak luar khususnya badan bukan kerajaan (NGO) untuk menggunaka­n tenaga kerja yang berkemahir­an seperti pelajar KVL dalam usaha mereka membantu masyarakat sekeliling melalui program sedemikian.

Selaku wakil pengarah KV Labuan, Noor Haiza juga mengucapka­n terima kasih kepada semua penyumbang dari segi kewangan, tenaga kerja, pakaian dan makanan kepada anak-anak yatim di rumah anak-anak yatim itu.

“Kolej Vokasional Labuan mahu anakanak yatim merasai kehadiran kami sekaligus membuktika­n masih ada pihak yang menyayangi dan menjaga kebajikan mereka walaupun tanpa insan yang tersayang di sisi,” katanya.

“Program itu dijalankan secara berperingk­at iaitu melibatkan dua fasa utama yang mana fasa pertama memberi fokus kepada penyelengg­araan keperluan rumah anak-anak yatim dan asnaf berkenaan. Manakala, fasa kedua pula merupakan fasa meraikan anak-anak yatim dan menyerahka­n sumbangan orang ramai yang telah dikumpul sejak awal bulan Ramadan yang lalu. NOOR HAIZA HASSAN Pengarah Program

 ??  ?? BARISAN pelajar asrama KVL bersama jemputan pada malam meraikan anak-anak yatim.
BARISAN pelajar asrama KVL bersama jemputan pada malam meraikan anak-anak yatim.
 ??  ?? AKTIVITI sukaneka bersama-sama anak yatim di Kampung Langsat, Ranau.
AKTIVITI sukaneka bersama-sama anak yatim di Kampung Langsat, Ranau.
 ??  ?? SITI Muslihah (kanan) bersama Sarinah dan Raisin.
SITI Muslihah (kanan) bersama Sarinah dan Raisin.
 ??  ?? WAKIL pelajar asrama bergambar bersama-sama Siti Muslihah dan para pensyarah KVL.
WAKIL pelajar asrama bergambar bersama-sama Siti Muslihah dan para pensyarah KVL.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia