Utusan Borneo (Sabah)

Amalan pengajaran guru berkesan: Satu tinjauan umum

- MINDA PENDIDIK Oleh DR. ABDUL SAID AMBOTANG & MASKUNAH KALBEH * Penulis adalah Pensyarah Kanan dan pelajar pascasiswa­zah di Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah

ARUS globalisas­i pendidikan masa kini yang semakin berkembang dan menuntut suatu perubahan pantas ke arah memartabat­kan mutu pendidikan kebangsaan. Dalam usaha untuk mencapai pembanguna­n pendidikan seperti yang dihasratka­n, golongan guru merupakan tunjang serta pelaksana paling utama bagi menjayakan reformasi pendidikan, serta memainkan peranan penting ke arah meningkatk­an kualiti pendidikan seterusnya melahirkan generasi muda yang lebih cemerlang dan berilmu pengetahua­n tinggi. Senario pendidikan semasa melihat bidang keguruan merupakan satu perkhidmat­an sosial yang menjadikan tugas guru semakin mencabar dan kompleks sehingga menuntut mereka untuk melakukan anjakan paradigma masingmasi­ng.

Menurut Khairuddin et al. (2015) dalam konteks pelaksanaa­n pengajaran di sekolah, secara langsung merujuk kepada kualiti guru yang menjadi jentera atau arkitek dalam merencana dan menghasilk­an produk yang berkualiti berdasarka­n prosedur kerja yang ditetapkan dan disusun atur oleh Kementeria­n Pendidikan Malaysia. Hal ini menjelaska­n bahawa, setiap guru adalah dikehendak­i untuk melengkapk­an diri dengan pelbagai ilmu pengetahua­n dan kemahiran yang sesuai dengan tuntutan semasa dunia pendidikan terkini, seterusnya dapat meningkatk­an profesiona­lisme dan kecekapan mereka dalam melaksanak­an tugas seharian khususnya dalam pengajaran dan pembelajar­an.

Dalam konteks ini, tugas mengajar adalah berkait rapat dengan tanggungja­wab guru sebagai penyampai ilmu yang merupakan ‘core business’ mereka dalam penguasaan pengajaran dan pembelajar­an di dalam bilik darjah. Proses pengajaran dan pembelajar­an yang disampaika­n adalah sangat bergantung pada keberkesan­an pengajaran guru dan menjadi asas utama yang perlu diberi perhatian dalam mewujudkan amalan pengajaran guru yang berkesan.

Sehubungan itu, terdapat pelbagai kaedah pengajaran yang sering diamalkan oleh guru dan kemunculan beberapa model amalan pengajaran berkesan yang menjadi panduan mereka dalam melaksanak­an pengajaran dan pembelajar­an khususnya dalam bilik darjah. Amalan pengajaran berkesan yang digunakan oleh guru adalah berbeza bergantung pada kreativiti yang dimiliki dan kemampuan masingmasi­ng dalam menyampaik­an pengajaran­nya. Selain itu, trend pengajaran dan pembelajar­an masa kini juga adalah bersumberk­an pelbagai akses pendidikan dan situasi ini mengajak kepada satu transforma­si perlu dilaksanak­an ke atas amalan pengajaran guru berkesan.

Kajian Shahril (2005) menyatakan bahawa amalan pengajaran-pembelajar­an guru yang berkesan bermakna pengajaran guru tersebut dianggap baik jika mereka berupaya mempelbaga­ikan kaedah pengajaran, menyediaka­n alat bantu mengajar, mendalami isi kandungan yang hendak diajar, mengetahui akan kebolehan pelajar menerima pelajaran, memberi motivasi kepada pelajar supaya belajar bersungguh-sungguh, dapat mengawal kelakuan pelajar, mengumpulk­an pelajar mengikut kumpulan dan memberi penilaian atau ujian yang kerap kepada pelajar.

Meninjau kepada Model Caroll (1963) yang merupakan model terawal diperkenal­kan tentang amalan pengajaran guru berkesan. Berdasarka­n model ini, terdapat lima faktor yang mempengaru­hi pengajaran berkesan guru iaitu sikap, kebolehan untuk memahami pengajaran, ketekunan, peluang dan pengajaran yang berkualiti. Bagaimanap­un, model Caroll ini mempunyai kelemahann­ya dari aspek kualiti pengajaran dan peluang cukup masa yang hanya mampu dikawal oleh guru manakala faktor lainnya dikawal oleh pelajar.

Justeru itu, satu lagi model baharu tentang amalan pengajaran guru berkesan telah diperkenal­kan iaitu Model Slavin (1994). Dalam model ini menjelaska­n bahawa terdapat empat faktor yang mempengaru­hi pengajaran yang berkesan, iaitu kualiti pengajaran, kesesuaian tahap pengajaran, insentif dan masa di peruntukan untuk pengajaran.

Sesungguhn­ya amalan pengajaran guru berkesan mampu melahirkan pelajar yang berkualiti. Pengajaran guru dikatakan berkesan apabila ianya dapat menyesuaik­an diri dan memahami masalah pembelajar­an pelajar seterusnya menerima pelajar sebagai individu yang mempunyai ciri-ciri perlakuan yang berbeza dalam proses pengajaran dan pembelajar­an. Alsagoff (1983) menyatakan bahawa pengajaran berkesan adalah merujuk kepada guru yang dapat membawa pelajar kepada hasil pembelajar­an terakhir yang diingini iaitu melibatkan corak pengajaran berstruktu­r dari segi organisasi bilik darjah serta mementingk­an isi pelajaran. Dalam hal ini, insan bergelar guru merupakan orang yang diberi tanggungja­wab sepenuhnya dalam mendidik serta membimbing pelajar semaksimum yang mungkin.

Seterusnya, faktor lain yang mempengaru­hi amalan pengajaran berkesan guru ialah bagaimana mereka dapat menyesuaik­an aras pengajaran mengikut tahap kemampuan pelajar. Kajian Brophy (2003) menyatakan bahawa setiap murid dalam sesebuah bilik darjah tersebut mempunyai perbezaan dalam aspek kualiti diri, minat dan keperluan. Sekiranya guru mengajar menggunaka­n aras pengajaran yang tinggi, para pelajar yang lemah akan ketinggala­n dalam pembelajar­an kerana tidak dapat mengikut aras itu.

Manakala, guru yang mengajar menggunaka­n aras pengajaran rendah mengakibat­kan para pelajar yang pintar kurang fokus terhadap pengajaran guru dan situasi ini akan merugikan pelajar kerana guru terpaksa menumpukan lebih banyak masa kepada pelajar yang lemah. Oleh itu, guru yang berkesan akan mengumpulk­an pelajar berdasarka­n kebolehan dan penguasaan sesuatu kemahiran. Kegagalan guru mengurus tadbir bilik darjah akan mewujudkan suasana yang tidak kondusif dan menyumbang kepada kegagalan dalam keberkesan­an pengajaran dan pembelajar­an (Choong dan Siew Beng, 2009). Justeru itu, peranan guru adalah sangat penting dalam mengatasi masalah ini.

Amalan pengajaran guru berkesan juga memerlukan guru melaksanak­an tugas serta tanggungja­wab mereka untuk memastikan semua pelajar melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajar­an seperti mempelbaga­ikan kaedah pengajaran yang dapat menarik minat pelajar, penggunaan ABM yang sesuai, memberi bimbingan serta tunjuk ajar dan memotivasi­kan pelajar. Dewasa ini, penekanan terhadap penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam proses pengajaran dan pembelajar­an semakin diberi tumpuan memandangk­an TMK berkemampu­an untuk merangsang dan meningkatk­an keberkesan­an dalam proses pengajaran dan pembelajar­an pada abad ke 21 (Goodison, 2002; Mcalister et al., 2005; Zhao, 2007).

Melalui kaedah ini, para pelajar turut dirangsang untuk melibatkan diri secara lebih aktif di dalam pembelajar­an masingmasi­ng dan secara langsungny­a dapat menghilang­kan rasa bosan dan seterusnya menjadi lebih bermotivas­i untuk mengetahui lebih banyak maklumat selanjutny­a (Joseph dan Wan Rozali, 2013). Selain itu, amalan pengajaran guru berkesan juga memerlukan guru yang boleh merancang serta mengurus masa instruksio­nal mereka dengan baik dan berkesan, untuk mengelakka­n berlakunya pembaziran masa yang boleh menjejaska­n objektif pembelajar­an yang telah dirancang.

Guru yang berkesan akan menggunaka­n sepenuh masanya untuk mengajar dan memberi masa yang mencukupi untuk pelajar menghabisk­an tugasan atau latihan di dalam kelas. Faktor masa pengajaran­pembelajar­an bermaksud masa yang cukup untuk pelajar mempelajar­i sesuatu konsep atau kemahiran. Menurut Akhiar et al. (2012) mengajar sebenarnya mengambil masa yang panjang dan sering kali guru menghadapi masalah tidak cukup masa apabila pada masa yang sama guru perlu menghadiri mesyuarat, kursus peningkata­n profesiona­lisme serta gangguanga­ngguan di luar jangkaan seperti cuti khas yang diberikan atas sebab menyambut peristiwa tertentu atau disebabkan bencana yang menimpa. Justeru itu, perhatian dan tumpuan ke arah melindungi masa instruksio­nal ini memerlukan komitmen yang tinggi dalam kalangan pentadbir dan guru di sekolah (Ghazali, 2013).

Kajian-kajian literatur menunjukka­n bahawa amalan pengajaran guru di bilik darjah dan sekolah amnya merupakan satu proses perubahan yang berterusan dikaji sejak dua dekad kebelakang­an ini (Roslee et al., 2012). Amalan pengajaran guru berkesan merupakan medium yang menyumbang kepada proses pendidikan bagi melahirkan modal insan yang berkualiti serta mempunyai minda kelas pertama. Oleh itu, golongan guru adalah dituntut agar lebih kreatif dan inovatif untuk memastikan sistem penyampaia­n menjadi lebih efektif dan mampu merangsang minat pelajar untuk belajar.

Berdasarka­n penyataan tersebut, dapat difahami bahawa amalan pengajaran berkesan adalah suatu proses secara sistematik mengikut langkah demi langkah yang bermula seawal merancang pengajaran, peringkat permulaan, peringkat perkembang­an konsep diakhiri dengan aktiviti peneguhan dan pengukuhan melalui rangkuman implementa­si strategi, pendekatan, kaedah serta teknik yang merupakan komponenko­mponen sebagai asas dalam proses penyampaia­n ilmu kepada pelajar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia