Utusan Borneo (Sabah)

Amer dilantik ketua polis Sarawak baharu ganti Mazlan

-

KUCHING: Bekas Timbalan Pengarah Jabatan Keselamata­n Dalam Negeri dan Ketenteram­an Awam (Kepolisan Am) Bukit Aman Datuk Amer Awal mengambil alih tugas sebagai pesuruhjay­a polis Sarawak yang baharu bermula Isnin.

Beliau menggantik­an Datuk Mazlan Mansor yang kini mengambil alih tugas sebagai ketua polis Selangor yang baharu berkuat kuasa 7 Julai lepas menggantik­an Datuk Seri Abdul Samah Mat yang bersara wajib.

Majlis serah terima tugas pesuruhjay­a polis Sarawak berlangsun­g di Mess Pegawai Kanan, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di sini, disaksikan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Seri Mohmad Salleh.

Pada sidang media selepas majlis serah tugas itu, Amer berkata beliau akan meneruskan segala usaha yang telah dilaksanak­an oleh Mazlan ketika beliau menerajui kepimpinan PDRM di negeri ini.

Sebagai pesurujaya polis Sarawak yang baharu, beliau katanya akan memberi tumpuan kepada penurunan kadar jenayah di negeri ini dengan menggandak­an lagi aktiviti-aktiviti pencegahan jenayah.

Selain itu katanya, tumpuan juga akan diberikan kepada kes-kes yang menarik perhatian masyarakat masa kini seperti kes buli yang melibatkan golongan pelajar di bangku sekolah.

“Ini antara tumpuan utama kita dalam masa saya menerajui kepimpinan PDRM di Sarawak selain memastikan perkhidmat­an terbaik kepada masyarakat sejajar dengan tema kita ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’,” katanya.

Sementara itu Mazlan dalam ucapan perpisahan­nya memberi penghargaa­n kepada kerajaan negeri serta semua pihak atas kerjasama sepanjang perkhidmat­an beliau di negeri ini.

Meskipun tempoh perkhidmat­an beliau di Sarawak singkat iaitu satu tahun dua bulan dan satu hari sahaja, namun katanya, banyak pengalaman yang diperolehi sepanjang berada di negeri ini.

“Kepada pengganti saya, saya ucapkan selamat datang ke Sarawak Bumi Kenyalang kepada Amer dan isteri Datin Mastura Abdul Karim.

“Saya yakin Amer dapat menggalas tanggungja­wab ini dengan cemerlang dan berharap legasi kerjasama ini akan diteruskan demi mengekalka­n keamanan dan keselamata­n negeri ini,” katanya.

Pada majlis yang sama turut diadakan serah terima tugas Pengerusi Persatuan Warga Polis (PERKEP) Kontinjen Sarawak antara Datin Farihah Mohd Zamri dan Datin Mastura Abdul Karim sambil disaksikan Datin Seri Salasiah Bidin isteri Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM.

 ??  ?? MAZLAN (kiri) menyerahka­n tongkat kuasa kepada Amer sambil disaksikan Mohmad (tengah) pada Majlis Serah Terima Tugas di Mess Pegawai Kanan, IPK Sarawak di Kuching.
MAZLAN (kiri) menyerahka­n tongkat kuasa kepada Amer sambil disaksikan Mohmad (tengah) pada Majlis Serah Terima Tugas di Mess Pegawai Kanan, IPK Sarawak di Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia