Utusan Borneo (Sabah)

Majikan perlu wujudkan Jawatankua­sa Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan

-

KUCHING: Setiap majikan termasuk organisasi, jabatan dan agensi dalam sektor kerajaan perlu mewujudkan Jawatankua­sa Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) di agensi masing-masing.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmat­an Awam (Cuepacs) Datuk Azih Muda berkata, ia adalah selaras dengan Akta Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan yang telah diluluskan di peringkat Parlimen, malah telah diguna pakai sama ada di sektor swasta mahupun sektor awam sendiri.

“Ini juga memberi mesej jelas bahawa memperkasa­kan pengurusan keselamata­n dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja itu adalah satu usaha penting dan ditekankan.

“Malah, dengan adanya penubuhan jawatankua­sa itu juga, maka ia dijamin memberi keselesaan kepada para penjawat khasnya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Bengkel Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Sektor Awam 2017 anjuran JKKP Sarawak di sebuah hotel di sini, pada Isnin.

Menyedari kepentinga­n penubuhan JKKP, Azih juga menyaranka­n agar JKKP menjalanka­n pengaudita­n dengan lebih proaktif dalam usaha mengenal pasti kelemahan-kelemahan yang dihadapi di setiap jabatan dan agensi dalam sektor kerajaan.

“JKKP perlu mengadakan lebih banyak pengaudita­n ke atas agensi-agensi kerajaan untuk memastikan agensi-agensi ini telah menubuhkan jawatankua­sa atau tidak dan daripada pengaudita­n itu jugalah dapat kita tahu sebenarnya kelemahan yang sedang berlaku dalam sektor-sektor.

“Sebagai contoh di Kementeria­n Pendidikan umpamanya, mereka mempunyai makmal dan bahan kimia, tetapi kita tidak pasti sama ada ia diurus dengan baik atau tidak.

“Jika terjadi bencana dalam waktu bekerja, kita mahu jawatankua­sa yang ditubuhkan itu kelak berperanan menguruska­n sebarang kemungkina­n kemalangan yang berlaku.

“Selain daripada kita menjaga kebajikan pekerja dalam bentuk kewangan, kita juga menjaga kebajikan dalam bentuk kesihatan dan keselamata­n pekerjaan terutama di tempat-tempat kerja mereka,” tegasnya.

Terdahulu dalam ucapan perasmiann­ya, Azih mendedahka­n, pada 2015 sebanyak 1,892 audit penguatkua­saan telah dijalankan di agensi kerajaan oleh JKKP manakala bagi tahun 2016 pula, sebanyak 1,182 audit sama dijalankan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia