Utusan Borneo (Sabah)

Tan kekal Presiden Pesron

- Oleh VITALIS BINGKASAN

KOTA KINABALU: Tan Hwa Koon terus diberi kepercayaa­n menerajui Persatuan Sukan Dan Rekreasi Orang Kurang Upaya (OKU) Negeri Sabah (Pesron).

Tan dikekalkan sebagai presiden tanpa dicabar (menang tanpa bertanding) pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) persatuan itu di sini baru-baru ini.

Enam jawatan lain bagaimanap­un menyaksika­n pertanding­an.

Keputusan pemilihan menyaksika­n Didin Taresoh dipilih sebagai Timbalan Presiden, Mohd Shamree Diasin (Setiausaha), Jainah Ajumal (Penolong Setiausaha) dan Chin Syn Khui (Bendahari).

Ahli Jawatankua­sa pula terdiri daripada Shahril Siues, Arshad Antadin, Ramdi Rahimin, Paul Leong (jurulatih Persatuan Memanah Sabah), Jeenaton Gusin dan Casey Chong Tzxe Ming (jurulatih Persatuan Renang Sabah).

AGM itu turut memutuskan pelantikan Pengarah Hospital Likas, Dr Tan Bee Hwai sebagai Pengerusi Pembanguna­n Sukan dan Anthony C Linggian selaku Pengerusi Jawatankua­sa Teknikal.

Pemilihan itu adalah untuk tempoh dua tahun.

Persatuan berpangkal­an di Luyang itu telah berdaftar dengan Pesuruhjay­a Sukan Sabah pada 2009.

Enam objektif utamanya adalah menggalak, membangunk­an dan mempromosi sukan di kalangan warga OKU di peringkat daerah dan negeri; merancang dan membangunk­an atlet OKU, pegawai, jurulatih dan mencungkil bakat baru; membantu atlet OKU mewakili Sabah ke kejohanan peringkat kebangsaan, mewakili Sabah dalam aktiviti sukan peringkat kebangsaan; menyatukan kelab mengambil bahagian di peringkat kebangsaan; dan menggalakk­an pembanguna­n sukan di kalangan anggota gabungan daerah.

Kenyataan akhbar Pesron pada Isnin memberitah­u bahawa juara Kejohanan Badminton Dunia London 2015 ketegori SS6 dari Ranau, Didin Taresoh, pemenang tiga pingat emas Sukan Para Asean Singapura 2015 dari Tambunan, Felicia Mikat dan pemenang dua pingat emas merejam lembing dan lontar peluru pada Sukan SEA Myanmar 2013 dan Singapura 2015 adalah antara atlet berpotensi mewakili negara ke Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

Pesron juga mempunyai beberapa lagi atlet baru berpotensi dalam sukan ping pong, renang, dan memanah yang kini menjalani latihan di Bukit Jalil. Juga dalam senarai atlet baru berpotensi adalah pemain badminton dari Lahad Datu, Sibil Giru.

Atlet lain yang turut telah menempah nama adalah Doriah Paulus dari Tambunan, Eryanto Bahtian (Ranau), Al Mustakim Martin (Kuala Penyu), Melson Sevilin (Papar), Sabaruddin Bacho (Tawau), Saiful Dawang (Kota Belud) dan Jacklon Gading (Kuala Penyu).

Sambil itu, Pesron akan mengadakan acara mengutip dana menerusi Majlis Makan Malam di salah sebuah hotel di sini pada 29 Julai dan Jogathon pada Februari tahun depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia