Utusan Borneo (Sabah)

Everton umum ‘ketibaan’ Martina di Goodison Park

-

LONDON, England: Everton terus mencuri perhatian dalam pasaran perpindaha­n pada musim panas ini apabila mengumumka­n kehadiran pemain pertahanan, Cuco Martina dari Southampto­n tanpa yuran perpindaha­n Isnin lepas.

Pemain berusia 27 tahun itu menandatan­gani kontrak tiga tahun di Goodison Park dan akan sekali lagi berganding­an dengan pengurus Ronald Koeman, yang pernah membimbing beliau di Southampto­n sebelum ini.

Martina, pemain kelahiran Belanda tetapi menjadi kapten Curacao di peringkat antarabang­sa, merupakan pemain baharu ketujuh Everton pada musim panas ini – menyertai Wayne Rooney, Sandro Ramirez, Henry Onyekuru, Davy Klaassen, Jordan Pickford dan Michael Keane.

Martina, yang bermain 36 kali untuk Southampto­n selepas tiba dari FC Twente pada 2015, melihat cita-cita Everton sebagai sebab utama beliau berpindah.

“Everton adalah kelab besar dengan cita-cita tinggi dan saya tidak sabar untuk menyertai sekumpulan pemain dan pengurus ketika kami melangkah ke hadapan pada musim hadapan,” kata Martina.

“Sememangny­a saya mengenali pengurus ketika di Southampto­n, jadi saya tahu apa yang beliau mahu dan beliau tahu apa yang mampu saya lakukan.”

Koeman berkata kepelbagai­an Martina adalah satu faktor penting untuk beliau mendapatka­n bekas pemain remaja Feyenoord itu.

“Cuco Martina adalah pemain berpengala­man yang boleh bermain di beberapa posisi di bahagian pertahanan dan ia adalah sesuatu yang penting,” kata Koeman.

“Saya membawa pemain ini ke Southampto­n sebelum ini, jadi saya tahu apa yang boleh beliau sumbangkan di Everton. Beliau adalah seorang pemain yang akan menguatkan pasukan dan dapat bermain di beberapa posisi.”

Martina bermain 30 kali untuk Curacao, negara Caribbean yang bekas jajajah Belanda. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia