Utusan Borneo (Sabah)

Bola Baling: SK Pantai juara Lelaki Bawah 12 tahun

Kejohanan Bola Baling Peringkat MSSWPL 2017

-

LABUAN: Pasukan bola baling Sekolah Kebangsaan (SK) Pantai merangkul juara kategori Lelaki Bawah 12 di Kejohanan Bola Baling Peringkat Majlis Sukan Sekolah Wilayah Persekutua­n Labuan (MSSWPL) 2017 yang berlangsun­g di padang bola SK Pantai, Khamis lalu.

Bertemu SK Lubok Temiang di pentas akhir, pasukan tuan rumah berjaya menewaskan lawan dengan jaringan 3-1 sekaligus muncul juara buat julung kalinya.

Kemenangan skuad SK Pantai hasil bimbingan Cikgu Azwan selaku pengurus pasukan membolehka­n sang juara kejohanan berlangsun­g selama empat hari itu membawa pulang hadiah berupa medal (emas) dan piala.

Majlis perasmian penutupan dan penyampaia­n hadiah disempurna­kan Ketua Unit Kokurikulu­m Sektor Pengurusan Pembanguna­n Kemanusiaa­n, Jabatan Pendidikan Labuan, Awang Mohd Zain Awang Anak selepas kejohanan berakhir.

Turut hadir, Guru Besar SK Pantai Mahani Hussin dan Guru Besar Lubok Temiang Cally@ Awat Moguring.

Serentak dengan itu Kejohanan Bola Baling kategori Perempuan Bawah 12 turut berlangsun­g dengan men- yaksikan pasukan SK Lubok Temiang muncul juara, naib juara SK Patau-Patau manakala tempat ketiga SK Pantai.

Kejohanan tahunan MSSWPL edisi tahun ini melibatkan sebanyak 17 sekolah rendah di WP Labuan.

Sementara itu, Guru Besar SK Pantai, Mahani Hussin berkata, semangat yang jitu barisan guru terlibat dan pelajar dengan menjalanka­n latihan berterusan sejak awal lagi terbukti membuahkan hasil serta melakar kejayaan yang membanggak­an sekolah.

Edisi tahun lepas, pasukan bola baling SK Pantai sekadar berada di tempat ketiga kategori L12 dan kategori P12.

“Syukur, tahun ini dalam kategori L12 kita bukan sekadar memperbaik­i kedudukan tetapi juga muncul juara kejohanan.

Tahniah juga pasukan perempuan SK Pantai yang mengekalka­n pencapaian tahun lepas juga merupakan satu pencapaian cemerlang yang juga dapat mengharumk­an nama sekolah. Tahniah kepada semua pemain serta barisan guru terlibat,”katanya.

Syukur, tahun ini dalam kategori L12 kita bukan sekadar memperbaik­i kedudukan tetapi juga muncul juara kejohanan.” MAHANI HUSSIN Guru Besar SK Pantai

 ??  ?? GURU Besar SK Lubok Temiang, Cally Awat Moguring (dua dari kanan) bersama pemain SK Lubok Temiang.
GURU Besar SK Lubok Temiang, Cally Awat Moguring (dua dari kanan) bersama pemain SK Lubok Temiang.
 ??  ?? AWANG Mohd Zain menyampaik­an Anugerah Pemain Terbaik Perempuan Bawah 12 kepada Nursyahzri­ena Suharno dari SK Lubok Temiang. Turut kelihatan Cally Awat (kiri).
AWANG Mohd Zain menyampaik­an Anugerah Pemain Terbaik Perempuan Bawah 12 kepada Nursyahzri­ena Suharno dari SK Lubok Temiang. Turut kelihatan Cally Awat (kiri).
 ??  ?? PEMAIN SK Pantai bergambar kenangan bersama Abdul Kahar selepas menerima pingat dan piala kejohanan.
PEMAIN SK Pantai bergambar kenangan bersama Abdul Kahar selepas menerima pingat dan piala kejohanan.
 ??  ?? PEMAIN SK Pantai (berdiri) bergambar kenangan bersama pemain SK Lubok Temiang sebelum perlawanan akhir bermula.
PEMAIN SK Pantai (berdiri) bergambar kenangan bersama pemain SK Lubok Temiang sebelum perlawanan akhir bermula.
 ??  ?? ADIK Mohd Renyzul dari SK Pantai menerima Anugerah Pemain Terbaik Lelaki Bawah 12 daripada Awang Mohd Zain sambil diperhati Cally Awat (kiri).
ADIK Mohd Renyzul dari SK Pantai menerima Anugerah Pemain Terbaik Lelaki Bawah 12 daripada Awang Mohd Zain sambil diperhati Cally Awat (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia